Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Saingan rebut ‘But Emas’ semakin sengit, Palmer kini calon utama

Apr 16, 2024 | 02:56 PM



LONDON: Bekas penyerang Arsenal, Alan Smith, berkata Cole Palmer mempunyai peluang besar memenangi anugerah But Emas musim ini selepas penyerang Chelsea itu menjaringkan empat gol untuk membantu pasukannya membenam Everton 6-0 pada 16 April.


Persembahan Palmer penuh sensasi, menjaringkan hatrik dalam masa hanya 29 minit dan menjaringkan gol Liga Perdana England (EPL) ke-20 beliau, sekali gus bersaing dengan penyerang Manchester City, Erling Haaland, yang menjaringkan jumlah gol yang sama bagi merebut anugerah But Emas.

Sukar untuk percaya bahawa sebelum Palmer menyertai Chelsea daripada City, pemain berusia 21 tahun itu belum pernah menjaring gol dalam EPL.

Hanya tujuh bulan selepas berpindah kelab, beliau kelihatan mempunyai peluang besar mengakhiri musim ini sebagai penjaring terbanyak EPL.

Pada November lalu, Palmer memberitahu media bahawa beliau berpindah ke Chelsea kerana mahu bermain dengan lebih kerap lagi.

Beliau mempunyai 25 penampilan untuk City musim lepas, dengan hanya tujuh permulaan.

Berbanding dengan di Chelsea, beliau telah membuat 43 penampilan dan berjaya menjaringkan 25 gol.

Perpindahan bernilai 42 juta paun ($71 juta) itu terbukti sangat lumayan bagi Palmer dan Chelsea.

Beliau merupakan penyerang utama pasukan bimbingan Mauricio Pochettino, dan telah menjaringkan jumlah gol liga terbanyak untuk Chelsea sejak Diego Costa juga menjaringkan 20 gol dalam musim 2016-17.

Namun, Chelsea masih mempunyai baki tujuh perlawanan liga.

“Anda jangkakan Palmer bermain dengan baik tetapi beliau memang bermain dengan hebat dan mengagumkan untuk pasukannya,” kata pengurus Chelsea, Pochettino.

“Saya gembira beliau dapat menjaringkan empat gol.”

Palmer memperoleh ‘hatrik sempurna’ menerusi satu jaringan dengan kaki kiri, satu dengan kaki kanan, dan yang ketiga melalui tandukan.

‘Hatrik sempurna’ itu adalah yang terpantas sejak pangkalan data Gracenote mencatatkan data tersebut pada 2008-09.

Pada separuh masa kedua, beliau menambah satu lagi jaringan – gol keempat – kali ini menerusi sepakan penalti.

“Ia berlaku dengan sangat pantas,” kata Palmer. “Yang pertama merupakan jaringan kegemaran saya.”

Kini beliau sedang bersaing dengan penyerang-penyerang ternama EPL untuk mendapatkan But Emas, dengan Haaland sebagai pencabar utama.

Namun, prestasi Haaland, yang menjaringkan 36 gol dalam 35 perlawanan EPL musim lepas, kini kurang meyakinkan. Beliau hanya menjaringkan dua gol dalam lapan perlawanan untuk City dan Norway.

Seorang lagi pesaing ialah Ollie Watkins dari Aston Villa, yang memperoleh 19 gol. Beliau merupakan penjaring gol liga terbanyak dalam sejarah Aston Villa, bersama Christian Benteke, yang menjaringkan jumlah gol yang sama untuk pasukan itu pada musim 2012-2013.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, yang telah memenangi anugerah tersebut sebanyak tiga kali, mempunyai 17 gol, jumlah yang sama dengan penyerang Bournemouth, Dominic Solanke, dan penyerang Newcastle, Alexander Isak. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >