Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Salah cipta rekod penjaring terbanyak Liverpool

Jaringan gol terpantas dalam perlawanan menentang Midtjylland meletakkan Mohamed Salah dalam senarai pemain legenda Liverpool
Dec 11, 2020 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Mohamed Salah mempunyai "angka untuk membuktikan" beliau adalah "seorang pemain yang luar biasa".



Demikian menurut pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas pemain Mesir itu menjadi penjaring gol terbanyak kelab itu dalam saingan Liga Juara-Juara selepas mereka seri 1-1 dengan kelab Denmark, Midtjylland awal pagi semalam.



Liverpool sudahpun dijamin kedudukan teratas Kumpulan D sebelum perlawanan itu dan mereka memulakan perlawanan dengan langkah kanan dengan hanya mengambil 55 saat untuk menjaringkan gol pembukaan menerusi penyerang mereka itu.



Ia merupakan gol terpantas yang pernah dijaringkan kelab itu dalam aksi Liga Juara-Juara dan jaringan Salah adalah gol yang ke-22 buat dirinya, mengatasi rekod legenda kelab itu, Steven Gerrard.



Dengan jaringan tersebut, Salah kini telah memperolehi 106 gol dalam 170 penampilan untuk pasukan Merseyside itu.



"Luar biasa. Pemain yang sungguh luar biasa," kata Klopp. "Sejak kami bekerja bersama, kami dapat bekerja dengan mudah dan kami memahami antara satu sama lain.



"Beliau banyak membantu pasukan ini dan beliau tahu dan turut menghargai bantuan yang diberikan dari pasukan.



"Saya rasa tidak ada seseorang pun yang meragukan keupayaannya, tetapi jika anda perlukan angka sebagai bukti, beliau juga telah membuktikannya."



Liverpool dibelenggu masalah kecederaan kepada beberapa pemain utama mereka musim ini, namun mereka tidak membiarkan masalah tersebut menghalang mereka dari terus beraksi dengan cemerlang.



Klopp telah menampilkan beberapa pemain simpanan yang telah membantu meneruskan rentak persembahan cemerlang mereka dan hanya tewas sekali dalam 13 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.



Kekalahan ke atas Atalanta merupakan satu-satunya kekalahan yang dialami dalam sangan Liga Juara-Juara musim ini.



Dengan tempat ke pusingan 16 pasukan terakhir terjamin, Klopp mengambil peluang untuk menampilkan senarai pemain termuda dalam kesebelasan utamanya untuk perlawanan Liga Juara-Juara ini.



Pemain bek kanan, Trent Alexander-Arnold, diberi kepercayaan sebagai kapten dalam perlawanan yang turut menampilkan beberapa pemain muda berbakat seperti Rhys Williams dan Leighton Clarkson, kedua-duanya berusia 19 tahun.



Pemain remaja Perancis, Billy Koumetio, yang hanya berusia 18 tahun dan 25 hari, menjadi pemain termuda Liverpool yang ditampilkan dalam saingan Eropah, selepas dimasukkan pada separuh masa kedua.



Klopp berkata: "Ia adalah perkara yang mengagumkan untuk mendapat perlawanan pertama anda dalam Liga Juara-Juara, dan sepanjang kerjaya anda akan ingin ditampilkan untuk perlawanan besar seperti ini.



"Mereka mempunyai kemahiran tetapi masih banyak yang perlu mereka pelajari dan kami akan memberi mereka masa untuk melakukannya.



"Perlawanan ini telah banyak membantu kami kerana kami dapat merehatkan beberapa pemain, dan ini amat penting dan juga kerana kami tidak mempunyai pilihan lain."



Dalam perlawanan menentang Midtjylland, Salah meletakkan juara Liga Perdana di depan pada minit pertama, mengikat kedudukan ke belakang dan meledak gol ke depan sebelum menjatuhkan bola melepasi penjaga gol, Jesper Hansen.



Gol itu merupakan jaringan Salah yang ke-22 di Liga Juara-Juara sekali gus mencipta rekod sebagai penjaring terbanyak kelab itu dalam pertandingan tersebut.



Pasukan Midtjylland berjaya menyamakan kedudukan dalam minit ke-62 menerusi sepakan penalti Alexander Scholz setelah penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher menjatuhkan Anders Dreyer.



Penjaga garisan itu pada mulanya menandakan pemain Midtjylland ofsaid tetapi keputusan itu dibatalkan setelah semakan oleh VAR.



Percubaan Scholz pada minit ke 77 telah didapati ofsaid sementara sementara pemain tengah Liverpool, Takumi Minamino juga berjaya membuat jaringan tetapi kali ini campur tangan VAR membatalkan jaringan tersebut.



Klopp telah meletakkan pasukan yang lemah dan muda dalam permainan menentang kelab terbawah dalam kumpulan tersebut. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >