Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GRAND PRIX SINGAPURA 2022

Sambutan lebih baik daripada sebelum Covid-19

Kebanyakan kategori tiket perlumbaan F1 sudah atau hampir habis, persiapan rancak
Sep 20, 2022 | 05:30 AM



KEBANYAKAN kategori tiket Grand Prix Singapura 2022 sudah atau hampir habis dijual, kurang dua minggu sebelum perlumbaan malam Formula Satu (F1) itu kembali menyambut semula pemandu hebat dan peminat sukan itu.



Persiapan bagi perlumbaan pada 30 September hingga 2 Oktober itu sedang giat dijalankan.



Perlumbaan tahunan itu dibatalkan dua tahun berturut-turut, iaitu tahun lalu dan 2020, angkara pandemik Covid-19.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, seorang jurucakap Grand Prix Singapura, berkata jualan tiket bagi edisi tahun ini mendapat sambutan lebih baik daripada pada 2019, yang menyaksikan kehadiran kedua tertinggi sejak Singapura mula menganjurkan perlumbaan itu.



Perlumbaan 2019 menarik sekitar 268,000 penonton sepanjang tiga hari, manakala pada 2008, 300,000 orang menghadiri perlumbaan sulungnya.



"Kebanyakan kategori tiket sudah habis, atau hampir habis dijual. Kami menjangka acara ini laris sekali menjelang hari perlumbaan pada 2 Oktober," tambah jurucakap Grand Prix Singapura.



Pemeriksaan BH semalam di laman web Grand Prix Singapore menunjukkan hanya lapan kategori tiket yang masih boleh didapatkan orang ramai.



Ia adalah tiket Padang Grandstand pada bagi Jumaat ($138) serta Sabtu ($298); Stamford Grandstand pada Jumaat ($128); Bay Grandstand pada Jumaat ($98) serta Sabtu ($198); Premier Walkabout pada Jumaat ($148); dan Zone 4 Walkabout pada Jumaat ($98) dan Sabtu ($188).



Dalam pada itu, pentas perlumbaan tahun ini semakin terbentuk, dengan perancah dan kerja pemasangan adangan dilihat di sekitar kawasan City Hall semalam.



Tempat duduk penonton juga dilihat sudah dipasang.



Litar jalanan sepanjang 5.063 kilometer itu akan melalui beberapa tempat ikonik negara ini, seperti Singapore Flyer, Esplanade dan Padang.



"Dengan masa kurang dua minggu sebelum sukan permotoran dan hiburan ekstravaganza terbesar di Singapura ini, persiapan sedang berjalan lancar dan kami tidak sabar untuk mengadakan Formula 1 semula di Litar Jalanan Marina Bay pada 30 September hingga 2 Oktober, selepas berehat selama dua tahun," ujar jurucakap itu.



Hiburan turut disediakan sepanjang hujung minggu Grand Prix Singapura. Artis antarabangsa seperti Marshmello, Westlife, Green Day, Black Eyed Peas, Suede, The Kid LAROI dan TLC bakal tampil buat persembahan di Padang Stage.



Kumpulan rok terkenal Malaysia Wings juga akan menyemarakkan pentas itu.



Semua tiket perlumbaan membolehkan peminat menikmati aksi di trek serta persembahan di Padang Stage.



Selain itu, acara sambutan akan diadakan di beberapa daerah di seluruh negara, iaitu Sentosa, buat kali pertama, dan Orchard Road, Clarke Quay serta Kampong Glam, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB) minggu lalu.



Setiap daerah mempunyai barisan acara masing-masing yang menonjolkan kehebatan lokasinya.



Acara sambutan ini, bersama tawaran lain, melengkapkan pengalaman perlumbaan, dan menggalak penduduk tempatan serta pelancong menikmati apa yang ditawarkan Singapura, tambah STB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >