Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

San Marino menang perlawanan kompetitif kali pertama dalam sejarah

Sep 6, 2024 | 11:31 AM
Penyerang San Marino, Nicko Sensoli, berjaya mendapatkan gol kemenangan mereka menentang Liechtenstein dalam perlawanan Liga Negara UEFA mereka pada 6 September. Ini hanya merupakan kemenangan kedua dalam sejarah bola sepak San Marino.
Penyerang San Marino, Nicko Sensoli, berjaya mendapatkan gol kemenangan mereka menentang Liechtenstein dalam perlawanan Liga Negara UEFA mereka pada 6 September. Ini hanya merupakan kemenangan kedua dalam sejarah bola sepak San Marino. - Foto REUTERS

SAN MARINO: San Marino – pasukan paling corot dalam ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) – mencipta sejarah apabila ia memenangi satu perlawanan kompetitif buat kali pertama pada 6 September.

Pasukan di tangga ke-210 di dunia itu mengalahkan Liechtenstein, di tangga ke-199, 1-0 dalam satu perlawanan Liga Negara-Negara Uefa.

Kali terakhir San Marino memenangi sembarang perlawanan ialah pada 2004 – tempoh tanpa kemenangan paling lama dalam bola sepak, iaitu 20 tahun dan sebanyak 140 perlawanan.

Kemenangan itu juga adalah ke atas Liechtenstein dan dengan jaringan yang sama.

Namun, itu adalah satu perlawanan persahabatan, sekali gus menjadikan kemenangan terbaru San Marino satu rekod dalam sejarah bola sepak negara itu.

Nicko Sensoli menjaringkan gol San Marino pada minit ke-53, apabila percubaannya terkena pemain tengah Liechtenstein, Sandro Wieser, dan melepasi penjaga gawang, Benjamin Buchel.

Sensoli ialah pemain profesional bagi Sangiuliano dalam Serie D, liga peringkat keempat dalam sistem Liga Italy.

Beliau belum dilahirkan semasa San Marino, sebuah negara tanpa laut yang dikelilingi Italy, menang 20 tahun lalu.

Walaupun gaya gol itu dijaringkan tidak hebat, ia tetap satu gol yang amat bermakna bagi San Marino, lantas disambut dengan penuh kemeriahan oleh para pemainnya.

Selepas itu, San Marino bertahan dengan ketat untuk memastikan keputusan bersejarah tersebut kekal, setelah bertahun-tahun mereka mengalami kekalahan teruk.

San Marino tewas 196 daripada 206 perlawanan sejak bermain perlawanan rasmi pertama mereka pada 1990, termasuk dibelasah 13-0 oleh Jerman pada 2006 dan 10-0 oleh England pada 2021.

Dengan penduduk seramai 33,000 sahaja, San Marino mendapati sukar mengisi stadium mereka, yang boleh menampung 6,600 orang.

Mereka akan menghadapi Moldova pada 11 September – dengan harapan dapat mencipta sejarah mengecapi dua kemenangan berturut-turut. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg