Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Satu maut, 21 cedera dalam kejadian tembakan di Kansas City

Tiga individu ditahan, motif keganasan
belum dikenal pasti
Feb 15, 2024 | 06:43 PM



KANSAS: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kejadian tembakan bertubi-tubi yang berlaku pada 14 Februari.


Ia berlaku semasa sambutan kemenangan kejuaraan Super Bowl Liga Bola Sepak Nasional (NFL) di Kansas City, Missouri, di Amerika Syarikat.

Ketua Polis Stacey Graves memberitahu sidang akhbar bahawa tiga individu ditahan dan “sedang disiasat atas kejadian hari ini” yang berlaku semasa perarakan itu, di luar Union Station yang merupakan mercu tanda bandar tersebut.

Beliau berkata penyiasat masih berusaha menentukan bilangan mangsa yang cedera, dan masih belum mengenal pasti motif keganasan senjata api itu.

Menurut polis, sekurang-kurangnya dua individu yang ditahan bersenjata, dan individu ketiga juga telah ditahan.

Sebelas daripada mereka yang cedera akibat tembakan itu atau kekecohan yang menyusulinya adalah kanak-kanak berusia sekecil enam tahun.

Sekurang-kurangnya 22 orang terkena tembakan itu, dan seorang daripada mereka maut, kata ketua jabatan bomba, Encik Ross Grundyson, semasa sidang akhbar.

Menurutnya, seramai 15 daripada mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Sebuah stesen radio tempatan, KKFI, mengenal pasti mangsa yang terbunuh sebagai Lisa Lopez, seorang deejay di stesen itu, dan pengacara rancangan, Taste of Tejano.


Pada 14 Februari, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, meminta rakyat Amerika supaya menyokong usahanya menggesa Kongres agar mengharamkan senjata yang digunakan untuk menyerang, menyusuli kejadian tembakan maut semasa perarakan kemenangan Super Bowl di Kansas City itu.

“Peristiwa hari ini seharusnya... mengejutkan kita, memalukan kita dan membuat kita mengambil tindakan,” kata Encik Biden dalam satu kenyataan Rumah Putih.

Seperti yang beliau lakukan selepas kejadian tembakan besar-besaran sebelum ini, Encik Biden menggesa agar langkah kawalan senjata lebih ketat dilaksanakan.

Encik Biden berkata beliau dan isterinya “mendoakan mereka yang terbunuh dan cedera hari ini di Kansas City, dan agar negara kita mempunyai azam untuk menamatkan keganasan senjata api yang tidak masuk akal ini”.

Beliau turut menggesa rakyat Amerika supaya membuat suara mereka didengar di Kongres.

Ia khusus untuk mengharamkan senjata yang digunakan untuk menyerang dan meluaskan pemeriksaan latar belakang individu tertentu, sebagai cara menangani siri kejadian tembakan maut yang melanda negara itu.

Datuk Bandar Kansas City, Encik Quinton Lucas, berkata pemilikan senjata api secara meluas dan keganasan senjata api yang kerap berlaku di Amerika menyukarkan usaha menyediakan langkah keselamatan lengkap untuk acara awam, walaupun dengan beberapa ratus pegawai penguat kuasa undang-undang melakukan rondaan.

“Perarakan, perhimpunan, sekolah, pawagam – nampaknya hampir tiada tempat yang selamat,” kata Encik Lucas, seorang Demokrat, kepada wartawan, sambil berkongsi bahawa beliau antara mereka yang berlari mencari perlindungan dalam kejadian tembakan itu.

Sekitar 800 anggota penguat kuasa undang-undang dikerah ke perhimpunan dan perarakan itu, termasuk ejen Biro Siasatan Federal (FBI) dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan Amerika. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >