Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Satu rekod! 24 perlumbaan tahun depan

Oct 17, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Kalendar musim 2023 akan menyaksikan rekod 24 perlumbaan, dedah badan pentadbir Formula Satu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) baru-baru ini.



Perlumbaan baru di Las Vegas dan kemunculan semula perlumbaan Qatar dan China menjadikan tahun depan musim yang paling panjang dalam F1, meskipun ia akan tanpa Grand Prix (GP) Perancis.



Musim bakal bermula di Bahrain pada 5 Mac dan melabuh tirainya di Abu Dhabi pada 26 November.



Las Vegas akan dijadual sebagai perlumbaan kedua terakhir pada 18 November, manakala China diberikan tarikh 16 April setelah tiga tahun menyepi dek pandemik Covid-19.



Monaco dan Belgium mengekalkan tempat mereka dalam kalendar selepas mengikat kontrak baru - perlumbaan Monaco sehingga 2025, dan hanya kontrak setahun untuk GP Belgium.



GP Britain akan berlangsung pada 9 Julai.



Bagaimanapun, masih terdapat beberapa keraguan tentang GP China disebabkan pengurusan Covid-19 di negara itu, di mana sekatan pergerakan kekal menjadi strategi berterusannya.



F1 akan mahukan jaminan daripada pemerintah China tentang bagaimana ia merancang untuk menguruskan sebarang kes positif sebelum perlumbaan berlangsung tahun depan.



Kalendar itu disusun oleh F1 tetapi disahkan oleh majlis permotoran dunia FIA, seperti yang ditentukan oleh protokol.



Tiada butiran mengenai acara yang akan menjadi perlumbaan 'pecut', iaitu perlumbaan yang lebih pendek pada Sabtu menentukan kedudukan pemandu untuk GP utama.



F1 mahu menambah jumlah perlumbaan pecut itu daripada tiga kepada enam pada 2023, dan telah mempersetujui langkah itu dengan pasukan pada musim bunga lalu, tetapi presiden FIA Mohammed ben Sulayem setakat ini menghalang rancangan tersebut.



FIA berkata pada April lalu bahawa ia mahu mengkaji kesan peningkatan jumlah perlumbaan pecut ke atas kakitangan dan sumbernya.



Presiden FIA Ben Sulayem



telah meminta kenaikan input kewangan daripada F1 untuk FIA, sebagai balasan atas persetujuannya, menurut banyak sumber kanan yang rapat dengan situasi itu.



Jurucakap FIA memberitahu BBC Sport bahawa "tiada sekatan"



pada acara pecut tetapi ia "bukan apa yang diumumkan hari ini".



Didesak mengenai mengapa ia mengambil masa lima bulan tetapi masih tiada persetujuan yang dicapai, jurucakap itu berkata mereka "tidak menyedari terdapat tarikh akhir tertentu".



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1 Stefano Domenicali berkata peningkatan jumlah perlumbaan adalah cerminan bahawa "Formula 1 mempunyai permintaan yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk menganjurkan perlumbaan dan adalah penting kita mendapatkan keseimbangan yang betul untuk keseluruhan sukan''.



"Kami sangat gembira dengan momentum kuat yang terus dialami Formula 1 dan ia adalah berita baik bahawa kami akan dapat membawa peminat setia kami gabungan lokasi baru yang menarik seperti Las Vegas ke dalam kejohanan dengan destinasi yang digemari ramai merentasi benua Eropah, Asia dan Amerika." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >