Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Schooling tidak kesal bersara, teruja tentang masa depan

Apr 02, 2024 | 03:42 PM



Lapan tahun selepas memenangi pingat emas Olimpik bersejarah Singapura di temasya sukan itu di Rio, Brazil, atlet terhebat negara ini, Joseph Schooling, berkata beliau tidak menyesal bersara daripada sukan renang pada usia 28 tahun.

Bahkan, Schooling “sangat teruja” mengenai masa depannya, termasuk menguruskan sekolah renangnya, Swim Schooling, dan firma modal usaha niaga yang diasaskannya bersama dua rakan kongsi, Swaen Schooling Capital. Beliau juga ingin meluangkan masa bermain golf.

Schooling mengumumkan persaraannya melalui media sosial pada 2 April, sebelum mengadakan satu sesi media di Kelab Renang Cina.

Bercakap kepada wartawan, Schooling mendedahkan bahawa detik “pahit manisnya” untuk bersara daripada sukan renang timbul selepas menyedari beliau tidak lagi menikmati rutin sebagai seorang atlet elit.

“Hari ini... apabila saya bangun (daripada tidur), saya tidak berasakan keghairahan yang sama untuk pergi berlatih, saya tidak lagi menikmati rutinnya.

“Pada satu hari, saya pergi ke pejabat (sekolah renang saya) bersama ibu saya, mula meneliti aspek pekerjaan dalam kehidupan, dan saya mula berasakan keseronokan yang sama sekali lagi,” ujar Schooling, yang kelihatan cergas berpakaian kemeja-T polo warna hitam dan seluar putih.

Beliau menghadiri sesi itu bersama ibu dan temanitanya.

Schooling hanya berusia 14 tahun ketika beliau meninggalkan Singapura untuk mendaftar di Sekolah The Bolles di Florida, Amerika Syarikat, tempat beliau berlatih dengan pemenang pingat Sukan Olimpik, Sergio Lopez.

Dua tahun kemudian, pada usia 16 tahun, beliau bersaing dalam Sukan SEA sulungnya pada 2011 dan menang pingat emas dalam acara kuak kupu-kupu 50 meter dan 200 meter lelaki, yang turut melayakkannya ke Sukan Olimpik London 2012.

Beliau terus menggondol pingat dalam kolam renang, menjadi perenang pertama Singapura naik ke podium dalam Sukan Komanwel dan kejohanan dunia. Beliau dinamakan sebagai Olahragawan Terbaik sebanyak rekod enam kali.

Tetapi, persembahan menakjubkannya ialah di Sukan Olimpik Rio 2016, yang menarik imaginasi dunia apabila beliau menewaskan legenda Amerika Syarikat, Michael Phelps, untuk memenangi acara kuak kupu-kupu 100 meter lelaki dengan catatan masa rekod Olimpik ketika itu, 50.39 saat.

Ditanya seorang wartawan apakah beliau mempunyai sebarang rasa kesal sepanjang kerjayanya, Schooling menjawab: 

“Jika anda tanya saya lima tahun lalu, saya mungkin kata ‘ya’. Selepas Sukan Olimpik 2016, saya perlahankan langkah. Saya berada di atas, dan menjadi mudah berpuas hati.

“Pada masa ini, saya tidak berasa kesal mengenainya, tetapi saya masih tertanya-tanya bagaimana jika kita terus melalui jalan itu. Ada soalan “bagaimana jika”, dan saya fikir itulah yang membuatkan kehidupan menarik.

“Tetapi, apakah saya rasa kesal? Tidak. Anda menang atau anda belajar.”

Perjalanan Schooling penuh berliku, seperti dalam penampilan pertama dan terakhirnya dalam Sukan Olimpik 2012 dan 2020, yang diadakan pada 2021 disebabkan Covid-19.

Beliau menamatkan saingan di tempat terakhir dalam pusingan saringan kuak kupu-kupu 200 meter di London 2012, selepas gogel dan kep renangnya tidak termasuk dalam senarai peralatan yang diluluskan.

Schooling mengalami nasib yang sama di Tokyo 2020 kerana prestasi hambar.

Beliau juga terpaksa berdepan dengan kematian bapanya, Colin, pada November 2021, dan setahun kemudian, terlibat dalam kontroversi dadah selepas beliau dan rakan perenang, Teong Tzen Wei dan Amanda Lim, mengaku mengambil ganja di luar negara.

“Saya tidak sabar dan rasa sangat teruja untuk 25, 30, 40 tahun seterusnya, dan kerjaya saya pada masa hadapan. Inilah masa kerja sebenar bermula sekali lagi,” kata Schooling.

“Saya kini fokus bermain golf, pada (firma) modal urus niaga saya, sekolah renang saya dan membantu ibu di pejabat. Sekarang giliran saya menjadi lelaki biasa.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >