Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sedia sahut cabaran baru

Feb 24, 2023 | 05:30 AM



DARI satu sarang singa masuk ke satu lagi.



Dua pemain Young Lions, Abdul Rasaq dan Danish Qayyum mengambil langkah besar dalam kerjaya mereka apabila dapat menyarung jersi putih dan biru Lion City Sailors bagi Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.



Kedua-dua belia berusia 21 tahun itu sebelumnya beraksi untuk skuad pembangunan bola sepak Singapura, Young Lions, yang mana skuadnya hanya terdiri daripada pemain berusia bawah 23 tahun.



Qayyum, pemain midfield, berkata: " Ia adalah satu lompatan yang besar untuk saya. Di Young Lions, pemainnya adalah muda dan kemudahan latihan tidak secanggih di sini. Jadi, untuk datang ke kelab seperti Sailors yang berkaliber tinggi, dengan kemudahan dan kakitangan yang bertaraf tinggi, saya benar-benar terharu."



Bagi Rasaq, pemindahan ke Sailors menyediakan peluang untuk menimba ilmu daripada pemain berpengalaman.



"Ia adalah peluang baik untuk belajar daripada pemain yang lebih tua, berbanding di Young Lions yang hanya setahun lebih tua atau lebih muda daripada saya. Di sini, saya ramai pemain senior yang saya boleh mencontohi di dalam dan di luar padang," kata penyerang kelahiran Singapura-Nigeria itu.



Rasaq dan Qayyum pernah mewakili skuad nasional bawah 23 tahun Singapura dalam Kejohanan Bawah 23 Tahun Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada Februari 2022.



"Pasukan Sailors ada pemain nasional seperti Hariss (Harun) dan Hafiz (Nor) yang mempunyai banyak pengalaman antarabangsa menentang pasukan hebat Asia. Saya gembira dapat bermain dengan mereka dan saya fikir ini sangat membantu apabila peluang saya untuk menyertai pasukan nasional muncul suatu hari nanti," tambah Rasaq.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >