Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

'Segala perayaan peluang bagi masyarakat bersatu'

Jun 17, 2018 | 05:30 AM



SEKALIPUN sudah pun 'mengembara' semuda usia 14 tahun - memburu cita-cita dalam sukan renang dan meneruskan pelajaran di Sekolah Bolles di Florida, Amerika Syarikat, pada 2009 - jaguh renang Singapura, Joseph Schooling, sentiasa teruja setiap kali perayaan pelbagai budaya seperti Hari Raya Aidilfitri disambut kelmarin.



Schooling, yang akui menggemari memakan nasi lemak dan juga lontong, berkata:



"Sebagai sebuah negara berbilang budaya, kami berpeluang meraikan bermacam-macam perayaan seperti Hari Raya, Deepavali, Hari Vesak, Tahun Baru Cina dan sebagainya.



"Saya fikir adalah penting kami mempunyai semua perayaan itu agar kami dapat bersama-sama, sebagai sebuah masyarakat yang bersatu, meraikan kebudayaan satu sama lain."



Menyusuli tamatnya pengajiannya di Universiti Texas, juara Olimpik pertama dari Singapura itu kini mengorak lembaran baru dalam kerjaya sebagai atlit profesional di samping kembali ke tanah air bagi mempersiapkan dirinya menghadapi cabaran Sukan Asia Indonesia yang bermula pada Ogos ini.



Ditanya rancangannya sempena cuti hujung minggu Hari Raya ini, Schooling sambil ketawa menambah:



"Mungkin saya di rumah bersama keluarga sahaja... inilah juga masanya saya tidur lebih lama berbanding hari-hari biasa!"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >