Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sekilas

Sep 14, 2022 | 05:45 AM



Karius sertai Newcastle



LONDON: Newcastle telah mendapatkan bekas penjaga gawang Liverpool, Loris Karius untuk memperkukuh pasukannya. Karius, 29 tahun, tanpa kelab selepas dilepaskan oleh Liverpool pada musim panas lalu.



Newcastle kurang penjaga gawang selepas penjaga gawang simpanan Karl Darlow mengalami kecederaan buku lali dan dijangka tidak dapat beraksi buat tempoh lanjut dan memutuskan untuk mendapatkan khidmat Karius.



Tempoh permainan Karius di Liverpool berakhir dengan kekecewaan. Beliau melakukan banyak kesilapan dan dianggap antara utama Liverpool tewas kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada 2018. - Agensi berita.




Costa jadi 'serigala'



LONDON: Bekas pemain Chelsea, Diego Costa telah menyertai Wolverhampton Wanderers bagi tempoh sehingga akhir musim.



Costa, 33 tahun tanpa kelab sejak meninggalkan kelab dari Brazil, Atletico Mineiro pada Januari lalu.



Namun, Wolveshampton, yang juga dikenali sebagai Wolves atau 'Serigala' bertindak untuk mendapatkan tanda tangannya selepas pemain terbaru Sasa Kalajdzic mengalami kecederaan lutut jangka panjang.



Costa berkata: "Keadaan yang membolehkan saya menyertai Wolves, kurang disenangi, kerana ada pemain yang cedera teruk dan saya menggantikannya. Tapi saya berharap beliau akan cepat pulih dan kembali ke padang dengan keadaan yang lebih kuat." - Agensi berita.




Ronaldo timbang semula tawaran £211 juta dari Saudi



MANCHESTER: Khidmat Cristiano Ronaldo di Manchester United mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Pemain yang berasal dari Portugal itu difahami sedang menimbangkan semula tawaran lumayan - yang sebelum ini ditolaknya - untuk beraksi di Arab Saudi.



Akhbar The Mirror di Britain berkata Ronaldo, 37 tahun, berasa tarikan untuk beraksi di Old Trafford telah berkurangan, kerana kelab itu tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini dan tempatnya dalam kesebelasan utama tidak lagi terjamin.



Justeru, beliau sedang menimbangkan semula tawaran bernilai £211 juta ($344 juta) dari sebuah kelab di Arab Saudi. Difahami, tawaran itu bermakna beliau akan dibayar £2 juta seminggu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >