Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sekilas

Jan 11, 2023 | 05:35 AM



Kapten Perancis bersara peringkat antarabangsa



PARIS: Penjaga gawang yang juga kapten Perancis, Hugo Lloris, telah mengumumkan persaraannya daripada mewakili negaranya pada peringkat antarabangsa.



Keputusan pemain berusia 36 tahun itu diumumkan beliau tiga minggu selepas Perancis ditewaskan Argentina menerusi tendangan penalti dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Qatar pada 18 Disember lalu.



Lloris memenangi Piala Dunia sebagai kapten empat tahun sebelum itu, pada 2018.



"Saya telah membuat keputusan ini dengan perasaan bahawa saya telah memberikan negara saya segala-galanya.



"Saya rasa penting untuk mengumumkan persaraan saya sekarang, dua setengah bulan sebelum pusingan kelayakan Kejuaraan Eropah bermula," ujar pemain Tottenham Hotspurs itu. - Agensi berita.




Martinez dilantik sebagai jurulatih baru Portugal



LONDON: Bekas pengurus Belgium dan Everton, Roberto Martinez, telah dilantik sebagai jurulatih Portugal.



Jurulatih asal Sepanyol berusia 49 tahun itu menggantikan Fernando Santos, yang meletak jawatan setelah Portugal tewas dalam perlawanan suku akhir kepada Maghribi dalam Piala Dunia bulan lalu.



Martinez sendiri meletak jawatan sebagai jurulatih Belgium setelah memimpin pasukan itu selama enam tahun.



"Saya amat gembira mewakili sebuah pasukan kebangsaan dengan pemain terbaik dunia.



"Saya faham jawatan ini datang dengan jangkaan dan matlamat tinggi, namun kami mempunyai pasukan baik dan persekutuan bola sepak yang memberi sokongan penuh," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >