Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekurang-kurangnya 5 pasukan EPL bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara 2025-26

Apr 9, 2025 | 4:06 PM
Sekurang-kurangnya lima pasukan Liga Perdana England (EPL) akan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan. Ini kerana England menduduki tangga teratas ranking ‘koefisien’ Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), yang melayakkan mereka untuk mendapatkan satu lagi tempat kelayakan Liga Juara-Juara di atas empat pasukan yang layak secara automatik.
Sekurang-kurangnya lima pasukan Liga Perdana England (EPL) akan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan. Ini kerana England menduduki tangga teratas ranking ‘koefisien’ Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), yang melayakkan mereka untuk mendapatkan satu lagi tempat kelayakan Liga Juara-Juara di atas empat pasukan yang layak secara automatik. - Foto REUTERS

LONDON: Sekurang-kurangnya lima pasukan Liga Perdana England (EPL) akan beraksi dalam edisi 2025-26 Liga Juara-Juara.

Ini berikutan kemenangan menakjubkan 3-0 Arsenal ke atas Real Madrid dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara pada 8 April.

Kelab-kelab EPL hanya memerlukan satu kemenangan dalam salah satu daripada tiga pertandingan Eropah untuk mendapatkan satu daripada dua tempat tambahan – selain empat tempat yang diberi kepada pasukan empat teratas dalam liga itu – yang dianugerahkan berdasarkan ranking mereka di kedudukan koefisien Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Ini kerana England menduduki tangga teratas ranking itu, yang berdasarkan prestasi kelab pertandingan Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Liga Persidangan.

Di bawah sistem ranking Uefa itu, kelab memperoleh mata bagi negara mereka – dua mata untuk setiap kemenangan atau satu mata bagi seri.

Mata yang dididapati oleh setiap kelab kemudian dicampurkan dan jumlahnya dibahagi dengan bilangan kelab daripada dalam sesebuah liga yang bertanding di Eropah.

Sebagai contoh, musim ini kelab EPL memperoleh 171 mata dan terdapat tujuh kelab England di Eropah, menjadikan koefisien England kini 24 mata.

Dua negara teratas dalam ranking Uefa itu akan mendapat satu tempat tambahan ke Liga Juara-Juara musim berikutnya.

England menduduki tempat pertama dalam ranking itu.

Dengan itu, England mendapat satu tempat tambahan ke Liga Juara-Juara 2025-26, di samping empat pasukan teratas EPL.

Malah, England berpotensi mempunyai hingga tujuh pasukan dalam Liga Juara-Juara musim 20215-2026 jika Aston Villa memenangi Liga Juara-Juara musim ini, dan jika Manchester United atau Tottenham Hotspur menjuarai Liga Europa.

Italy mendahului perlumbaan untuk mendapat tempat tambahan kedua, diikuti Sepanyol dan Jerman.

Pendahulu EPL, Liverpool, dan Arsenal, yang berada di tempat kedua, nampaknya akan mendapatkan dua daripada lima tempat ke Liga Juara-Juara musim depan, manakala Nottingham Forest menduduki kedudukan ketiga dengan selesa.

Chelsea, Newcastle United, Manchester City, Aston Villa, Brighton & Hove Albion, dan Bournemouth, yang berada di tempat ke-10, akan berebut untuk mendapat tempat kelayakan kelima. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg