Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Selepas 6 tahun, srikandi powerlifting S’pura teruja kembali sertai Sukan Para Asean

Jun 01, 2023 | 03:56 PM



SUKAN Para Asean (APG) mendapat tempat istimewa dalam hati srikandi powerlifting Singapura Nur Aini Yasli.


Dalam temasya sukan itu pada 2017, beliau membuat penampilan sulungnya dan sekali gus menjadi wanita pertama mewakili Singapura dalam sukan tersebut di acara dwitahunan itu.

Aini, yang kemudian bersaing dalam Sukan Komanwel dan Sukan Paralimpik, tidak menyertai temasya sukan tersebut sejak itu kerana sama ada ia dibatalkan atau bertembung dengan pertandingan lain.

Atlet powerlifting itu masih ingat penampilan pertamanya itu, dengan idolanya, Theresa Goh, iaitu perenang para Singapura ketika itu, turut membentuk sebahagian daripada pasukan negara ini.

Aini, 31 tahun, merebut peluang bersaing dengan rakan serantaunya sekali lagi apabila temasya sukan itu diadakan di Kemboja dari 3 hingga 9 Jun.

“Seronok dapat membuat perjalanan bersama sebagai sebuah kontinjen. Sudah sekian lama saya tidak berbuat demikian,” kata Aini, yang akan naik ke kategori yang lebih berat, itu 50kg wanita.

“Temasya ini tidak dapat dilupakan kerana APG adalah pertandingan pertama yang mempunyai acara powerlifting, jadi untuk dapat pergi ke satu lagi pusingan, itu benar-benar bermakna.”

Beliau salah seorang daripada kontinjen Singapura yang seramai 25 atlet yang berlepas ke Phnom Penh pada Rabu.

Kumpulan itu terdiri daripada wakil tetap Singapura di APG seperti atlet Sukan Paralimpik Diroy Noordin (lontar peluru), Suhairi Suhani (lompat jauh), dan Toh Wei Soong dan Sophie Soon (renang).

Mereka disertai dua pendatang baru, Xavier Lim (badminton) dan Rodrick Li (tenis meja).

Toh, yang memenangi lima emas pada edisi APG 2015 dan 2017, menetapkan sasaran menang dalam kelima-lima acara yang disertainya kali ini.

Temasya sukan itu juga akan mempersiapkannya untuk acara utama seperti Kejohanan Dunia Renang Para pada 31 Julai hingga 6 Ogos.

Perenang berusia 24 tahun itu berkata: “Ia adalah penanda aras yang berguna untuk mengetahui di mana prestasi saya pada pertengahan tahun ini dan apa yang perlu saya tambah baik untuk cemerlang dalam acara kemudian.”

Pada APG 2022 di Solo, Indonesia, skuad 36 atlet Singapura membawa pulang 28 pingat – tujuh emas, sembilan perak dan 12 gangsa.

Bagaimanapun, chef de mission Erynne Lim, seorang ahli lembaga Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura, enggan bercakap mengenai sasaran pingat.

“Bahagian paling penting bagi kami ialah mempunyai atlet yang benar-benar mengalami keseluruhan persekitaran pertandingan kerana ada beberapa temasya sukan yang akan datang.

“Bagi kami, ia benar-benar tentang bersaing... untuk mencatat persembahan terbaik peribadi mereka.

“Pingat akan menjadi satu bonus. Jelas sekali semua orang melihat pada kutipan pingat tetapi kami memberitahu atlet supaya melakukan yang terbaik,” katanya.

Ini kali pertama Kemboja menganjurkan APG, selepas ia mengadakan Sukan SEA yang berakhir dua minggu lalu, juga buat kali pertama.

Walaupun Lim menyatakan kepentingan aksesibiliti di temasya sukan ini, beliau percaya Kemboja telah bersedia untuk mengalu-alukan atlet para terbaik rantau ini.

Beliau berkata: “Kemboja sedang melakukan banyak usaha dan membelanjakan wang untuk temasya ini. Ia adalah peluang yang baik untuk mereka menunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh Kemboja.

“Beberapa daripada mereka (atlet Singapura) bertolak sebelum hujung minggu untuk memastikan segala-galanya sudah bersedia... ia secara umumnya positif dan saya tidak menjangka isu-isu besar.”


SEKILAS SUKAN PARA ASEAN 2023

Phnom Penh, Kemboja

3-9 Jun 2023

  • Ini merupakan kali pertama Kemboja menjadi tuan rumah bagi Sukan Para Asean (APG).
  • Kira-kira 1,400 atlet mewakili 11 negara akan beraksi dalam edisi kali ini.
  • Sebanyak 13 cabang sukan bakal dipertandingkan termasuk olahraga, badminton, boccia, catur, bola sepak lima sepasukan, bola sepak tujuh sepasukan, goalball, judo, powerlifting, renang, tenis meja, bola tampar sambil duduk dan bola keranjang berkerusi roda.
  • E-sukan akan diperkenalkan sebagai sukan pertunjukan.
  • Rombongan Singapura terdiri daripada 25 atlet merentasi enam sukan.
  • Sukan itu adalah olahraga, badminton, boccia, powerlifting, renang dan tenis meja.
  • Kontinjen Singapura akan dipimpin chef de mission Erynne Lim, seorang ahli lembaga Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura.
  • Pada APG 2022 di Solo, Indonesia, skuad 36 atlet negara membawa pulang 28 pingat - tujuh emas, sembilan perak dan 12 gangsa.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >