SERAMAI 166 atlit kurang upaya akan mewakili Singapura apabila negara ini menjadi tuan rumah Sukan Para Asean buat julung-julung kalinya pada 3-9 Disember ini.
Buat pertama kalinya, Singapura akan mengambil bahagian dalam kesemua 15 cabang sukan yang akan dipertandingkan di edisi kelapan temasya sukan ini - berbanding hanya lima cabang sukan di temasya lalu yang dihoskan Myanmar.
Senarai muktamad seramai 166 atlit itu diumumkan oleh Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC) dalam satu kenyataannya petang tadi (25 September).
Jumlah atlit itu menjadikan kontinjen negara yang terbesar pernah ditampilkan dalam temasya sukan ini. Tenis meja dengan 21 atlit serta atletik yang mengemukakan 19 atlit adalah antara dua pasukan terbesar Team Singapore dengan sehingga 60 peratus peserta juga merupakan mereka yang bakal tampil buat pertama kali di Sukan Para Asean ini.
"Atlit-atlit kami telah berlatih dengan gigih sejak beberapa bulan lalu. Saya sendiri telah menyaksikan mereka berlatih dan yakin bahawa mereka akan memberikan segala-galanya untuk Singapura," ujar Naib Presiden SNPC, Dr Mark Hon.
"Temasya Sukan Para Asean Kelapan ini adalah kemuncak yang tepat bagi meraikan perayaan Jubli Emas negara dan saya yakin penganjurannya dapat meningkatkan lagi profil sukan kurang upaya serta para atlit kami. Kami mengalu-alukan sokongan padu warga setempat sebagai 'One Team Singapore'," tambahnya lagi.
Kontinjen Singapura itu akan diketuai oleh Encik Raja Singh yang dilantik chef-de-mission bagi Sukan Para Asean ini.
Mereka yang mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya ini lazimnya perlu merancang dan memikirkan hidangan yang sesuai.
Berikut antara idea untuk majlis anda, sesuai untuk minggu ketiga Raya dan
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh