Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Senegal mula kempen dengan kemenangan, Tunisia hanya mampu seri

Jun 10, 2024 | 9:59 AM
Pemain Tunisia, Ali Al-Abdi (kiri) terjatuh ketika cuba mendapatkan bola daripada pemain Namibia, Bethuel Muzeu, dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di Soweto pada 9 Jun. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Pemain Tunisia, Ali Al-Abdi (kiri) terjatuh ketika cuba mendapatkan bola daripada pemain Namibia, Bethuel Muzeu, dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di Soweto pada 9 Jun. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. - Foto AFP

CAPE TOWN: Senegal memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 tanpa kalah dengan kemenangan 1-0 ke atas Mauritania pada 9 Jun, sedang Tunisia juga unggul dalam kumpulan mereka meskipun seri tanpa jaringan dengan Namibia.

Kededua Senegal dan Tunisia merupakan antara lima wakil Afrika dalam pertandingan Piala Dunia di Qatar dan dikatakan favorit untuk layak sekali lagi bagi pertandingan tersebut yang bakal dihoskan bersama Canada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Habib Diallo menyumbatkan gol pada minit ke-27 menerusi tandukannya hasil tendangan lintang rakan sepasukannya, Pape Matar Sarr – untuk meletakkan Senegal di tangga teratas Kumpulan B dengan kemenangan di Nouakchott. Ini meskipun mereka ketiadaan pemain bintang seperti Sadio Mane dan Nicolas Jackson yang tidak bermain akibat kecederaan.

Terdapat kelengahan yang agak lama bagi perlawanan itu tamat selepas peminat tuan rumah yang tidak berpuas hati melontar barang ke arah padang dalam separuh masa kedua – menyebabkan permainan tertangguh.

Senegal berada satu mata di hadapan Sudan dan Republik Demokratik Congo dalam kedudukan kumpulan.

Pasukan Congo menewaskan Togo 1-0 di Kinshasa hasil jaringan Meshack Elia pada minit keenam.

Tunisia yang dikecewakan Namibia dalam final Piala Negara-Negara Afrika pada Januari, hampir tewas lagi dalam perlawanan mereka yang berlangsung di Soweto, Afrika Selatan, kerana Namibia tidak mempunyai padang yang sesuai di tempat sendiri.

Namibia seolah-olah telah menjaringkan gol pada minit ke-14 selepas tendangan percuma Deon Hotto yang ditepis penjaga gawang Tunisia, Bechir Said, tertolak masuk pemain sendiri, Charles Hambira.

Namun pengadil dari Mauritania, Dahane Beida berpendapat bahawa penjaga gawang itu telah dikasari selepas beliau menepis bola keluar, meskipun ulang tayang di televisyen menyaksikan terdapat sentuhan yang sedikit daripada pihak lawan.

Tunisia mempunyai dua mata di hadapan Namibia dalam Kumpulan H, dengan Liberia satu lagi mata di belakang di tempat ketiga.

Liberia memerlukan jaringan kemenangan di akhir perlawanan daripada Sheikh Sesay untuk menundukkan Sao Tome e Principe 1-0, dalam perlawanan mereka di Oudja, Maghribi.

Sao Tome telah tewas kesemua empat perlawanan mereka dalam kelayakan Kumpulan H.

Djibouti meraih mata pertama mereka dalam Kumpulan A dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 semasa menentang Ethiopia.

Terdapat sembilan kumpulan dalam kelayakan bagi negara-negara Afrika dengan pemenang peringkat kumpulan layak ke pertandingan Piala Dunia 2026 di Amerika Selatan.

Empat pasukan terbaik di tangga kedua akan berpeluang mara menerusi dua siri perlawanan playoff. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg