Sentuhan berbisa Gustavsson perlu dibendung
Dec 23, 2024 | 4:00 PM
Bintang penyerang Thailand, Patrik Gustavsson. - Foto INSTAGRAM PATRIK GUSTAVSSON
Penyerang kelahiran Sweden berusia 23 tahun ini telah menjaringkan tiga gol dalam tiga penampilan untuk skuad senior Thailand.
Dalam perlawanan menentang Malaysia, Patrik Gustavsson mempamerkan naluri penyerangnya dengan menyempurnakan peluang yang disajikan ekoran kesilapan penjaga gawang Malaysia, Haziq Nadzli.
Meskipun rekod jaringan pemain itu bersama kelabnya BG Pathum kurang memuaskan iaitu hanya tiga gol dalam 19 perlawanan, pemain yang kini dipinjamkan ke Muangthong United itu nampak lebih berbisa apabila menyarung jersi Thailand.
Benteng pertahanan Singapura harus melakukan yang terbaik untuk membendung beliau.
Laporan berkaitan
Pemain gantian ubah nasib Singa selepas permulaan hambarDec 14, 2024 | 9:40 PM
Singa manfaat kesilapan ‘goalie’ Kemboja, buka tirai Piala AFF dengan menang 2-1Dec 11, 2024 | 10:20 PM

