Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sentuhan Unai Emery di Eropah bolehkan Aston Villa bermimpi lagi

May 02, 2024 | 04:57 PM



LONDON: Aston Villa melangkah ke separuh akhir Eropah pertama dalam 42 tahun - menentang Olympiakos - pada 3 Mei, tetapi mereka berbekal pengalaman Unai Emery yang telah membuktikan kejayaannya di peringkat tersebut dalam pertandingan Eropah.

Pengurus yang berasal dari Sepanyol itu telah memenangi empat trofi Liga Europa sebelum ini, semasa menjadi pengurus Villareal dan Sevilla, dan berazam untuk memenangi Liga Konferens Eropah yang pertama, sekali gus melengkapi transformasi kelab yang digelar ‘gergasi tidur’ atau ‘sleeping giant’ itu. Kelab dari Birmingham itu tidak pernah kembali ke tahap elit sejak menjadi Juara Eropah pada tahun 1982.

Villa sebelum ini duduk di luar zon penyingkiran Liga Perdana England (EPL) dengan hanya dua kemenangan daripada 12 perlawanan pembukaan semasa ia dipimpin bekas pengurus Steven Gerrard. Unai Emery mengambil jawatan tersebut pada November 2022.

Walaupun berdepan dengan keadaan yang mencabar itu, Emery masih dapat memimpin Villa melayakkan diri ke Eropah buat kali pertama sejak 2010, selepas mereka berjaya mendaki tangga EPL dan menamatkan musim di tangga ketujuh.

“Beliau (Emery) tidak akan melepaskan sebarang peluang,” kata kapten Villa, John McGinn.

“Dia sangat taksub dengan bola sepak dan dia mahukan kami juga taksub dengan bola sepak”.

“Dia sudah mengubah tempat ini sepenuhnya dan adalah sangat senang untuk bekerja di bawahnya.”

Lebih banyak malam berkilauan akan menyelubungi Villa Park pada musim hadapan dengan kelab itu semakin hampir menikmati saingan Liga Juara-Juara Eropah sejak pertandingan unggul itu diubah namanya daripada Piala Eropah.

Villa kini menduduki tempat keempat di Liga Perdana dengan 67 mata. Biasanya, empat pasukan teratas EPL akan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

Buat masa ini, Emery masih merujuk pada gambar yang dirakam pada saat Villa menjulang Piala Eropah yang kini tergantung di dinding pusat latihan sebagai sumber inspirasi untuk era kejayaan yang terbaru yang sedang dibangunkannya.

“Setiap hari saya ke pusat latihan, ada (gambar) Piala Eropah ‘82. Bagus untuk memiliki kenangan itu,” katanya.

“Ini adalah sejarah Aston Villa. Pastinya kami mahu melakar sejarah baru sekarang, melakukannya dengan cara kami dan semoga kami dapat melakukan sesuatu yang penting di sini.”

Kemenangan 4-0 ke atas Ajax dalam peringkat 16 terakhir adalah kenangan yang akan dipegang teguh peminat Villa beberapa dekad yang akan datang.

Telatah penjaga gol Emiliano Martinez pada peringkat suku akhir semasa mengalahkan Lille menerusi sepakan penalti yang penuh tekanan juga akan terukir dalam warisan kelab.

Tetapi, beban musim ini mula terlihat dalam persembahan separuh masa kedua perlawanan EPL pada 28 April, apabila Villa mensesiakan kelebihan dua gol di depan penonton sendiri untuk seri 2-2 dengan Chelsea.

Namun, Villa dijangka terlalu kuat buat Olympiakos yang pada masa ini menduduki tangga keempat di divisyen utama di Greece.

Kejayaan ke atas Olympiakos nampaknya sekadar matlamat jangka pendek bagi Emery, yang baru-baru ini melanjutkan kontraknya sehingga 2027.

Keyakinan yang ditunjukkan kelab itu menunjukkan ia menyambut baik cara Emery memimpin pasukan dan rela memberinya masa untuk membawa Villa ke pentas Eropah dari musim ke musim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >