Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sepak takraw: Ketua Perses digantung 10 tahun oleh badan Asia

Dec 03, 2022 | 06:54 PM



PRESIDEN Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Nasri Haron, telah digantung selama 10 tahun di peringkat setempat dan antarabangsa oleh badan Asia sukan tersebut, bermula 30 November lalu.



Beliau juga diarah membayar semula Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) sebanyak AS$15,000 ($20,300) bagi membiayai kos persidangan jawatankuasa disiplin antarabangsa itu, dan sekiranya gagal, tambahan dua tahun atas penggantungan itu akan dikenakan.



Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (3 Disember), Astaf berkata ia telah memulakan persidangan disiplin menerusi aplikasi Zoom dengan anggota panel dari India, Jepun, Korea, Pakistan, Iran, Indonesia dan Malaysia pada 26 November atas lima tuduhan “tindakan salah laku” ke atas Nazri, dengan tuduhan keenam ditarik balik.



Tuduhan pertama mendapati Nazri telah membuat kenyataan bertulis yang dianggap tidak sopan, menghina dan tidak sesuai.



Empat lagi tuduhan lain menyatakan beliau cuba mengganggu dan atau menjejas kestabilan pentadbiran cekap Astaf, dan cuba menjatuhkan usaha berdikari Astaf dalam semua perkara secara langsung atau tidak langsung berkaitan permainan sepak takraw dengan mendapatkan bantuan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Majlis Olimpik Antarabangsa (OIC) bagi mencampuri pemilihan majlis Astaf.



Beliau membuat semua kenyataan yang didakwa itu dalam sepucuk surat dan dua e-mel yang dihantar kepada anggota Astaf -– dan salinannya diberi kepada para pegawai OCA dan IOC – pada Februari tahun lalu.



Mantan Timbalan Superintenden Pasukan Polis Singapura berusia 63 tahun itu sebelum ini mengesahkan kepada akhbar The Straits Times yang beliau telah menghantar surat dan e-mel tersebut, namun menegaskan yang beliau tidak melanggar terma perlembagaan Astaf.



Beliau berkata yang dirinya tidak akan membuat sebarang rayuan terhadap penggantungan itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >