Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA

Sepak takraw mahu buktikan boleh raih pingat bagi S'pura

Pasukan lelaki sepak takraw Singapura bakal muncul semula dalam Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja, pada 5 hingga 17 Mei. Ini selepas mereka tidak beraksi dalam edisi 2021 temasya sukan itu, yag ditunda setahun dan diadakan di Hanoi, Vietnam pada Mei 2022. BERITA HARIAN bertemu skuad Sukan SEA 2023 Singapura di dewan sukan Heartbeat @ Bedok baru-baru ini untuk meninjau persiapan mereka kurang sebulan sebelum temasya sukan dwitahunan itu. Jurulatih Padzli Othman: Tak boleh lagi biarkan orang pandang rendah pada kami
Apr 17, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS empat tahun menyepi, pasukan lelaki sepak takraw Singapura akan kembali bersaing dalam Sukan SEA di Kemboja pada Mei dengan lebih bersemangat untuk menebus waktu yang hilang.



Kali terakhir mereka beraksi dalam sukan temasya dwitahunan itu ialah pada 2019 di Manila, dan mereka gagal memenangi sebarang pingat. Singapura tidak diwakili dalam Sukan SEA 2021, yang ditunda ke tahun lalu, di Hanoi, Vietnam.



Jurulatih pasukan lelaki sepak takraw nasional Padzli Othman bertekad mengubah nasib sepak takraw Singapura dan menerapkan mentaliti kemenangan dalam skuad lima pemain itu. Sukan SEA 2023 boleh menjadi pentas bagi pasukan negara membuktikan keupayaan mereka, kata Padzli, 57 tahun.



"Kami sudah di bawah SNOC (Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura). Kami harus menunjukkan kepada mereka bahawa sepak takraw salah satu sukan yang dapat membawa pulang pingat. Kami tidak boleh lagi biarkan orang ramai pandang rendah pada kami," ujar bekas pemain negara itu.



Pasukan sepak takraw Singapura kini diuruskan Jawatankuasa Persiapan Pertandingan Utama (MGPC) yang dilantik SNOC.



Kali terakhir pasukan sepak takraw Singapura memenangi pingat Sukan SEA ialah pada 2015 di sini, apabila ia meraih sebutir perak dan tiga gangsa. Padzli jurulatih yang memimpin pasukan itu.



"Untuk pemain Singapura, dari waktu saya berada dalam pasukan nasional lagi, hanya satu yang diperlukan untuk kita meraih kemenangan - semangat," ujar Padzli, yang memenangi pingat perak dalam Sukan SEA 1993 sebagai pemain.



Dalam edisi kali ini, Singapura akan menyertai tiga acara - regu, kuadran dan ganda. Menurut Padzli, cabaran mereka di Kemboja ialah bertanding dalam tiga acara ini dengan hanya lima pemain.



Jumlah maksimum pemain acara regu ialah 12 orang, manakala kuadran dan ganda masing-masing enam dan lima pemain.



Kapten pasukan A'fif Safiee, 29 tahun, yang kembali bermain sepak takraw pada 2022 selepas berehat empat tahun, berkata bilangan pemain yang terhad itu adalah perkara biasa dan pasukan itu tidak akan berdepan masalah besar.



"Dalam Sukan Asia 2018, kami pernah bermain dua acara dengan tujuh pemain. Yang saya takut hanyalah kecederaan. Tapi, saya fikir ia bukan masalah besar sebab saya yakin dengan standard pemain dalam skuad kami," kata pemain apit kanan itu.



A'fif membawa pulang dua pingat gangsa daripada Sukan Asia di Jakarta itu, yang juga temasya sukan terakhirnya sebelum turun gelanggang semula.



Selain itu, beliau menggondol enam pingat di Sukan SEA - perak dan tiga gangsa (2015), serta dua gangsa (2013).



A'fif berharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu Singapura berjaya di Kemboja.



"Saya ingin menang emas dan benar-benar rasa menyanyikan lagu kebangsaan di depan orang ramai... Prinsip saya ialah selagi tidak patah, selagi itu kita berjuang habis-habisan. Jangan mudah menyerah kalah," tambahnya.



Dua lagi pemain berpengalaman ialah tekong Asri Aron, 28 tahun, dan apit kanan Khairul Fahmi Yazid, 24 tahun. Asri menang dua pingat gangsa Sukan Asia 2018 dan tiga gangsa Sukan SEA 2015. Mereka juga bersaing di Sukan SEA 2019.



Dua wajah baru yang ditampilkan dalam Sukan SEA tahun ini. Mereka ialah Ramli Saari, 31 tahun, dan tekong Danish Irfan, 21 tahun.



Ramli, yang merupakan satu-satunya apit kiri dalam skuad negara, berkongsi bahawa beliau menantikan peluang menyarung jersi Singapura di temasya sukan utama sejak lapan tahun lalu.



Pada 2015, beliau dapat menyertai pasukan nasional namun tidak terpilih kerana menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



"Saya telah lama menunggu peluang ini. Jadi, apabila saya terpilih untuk Sukan SEA 2023, saya rasa ghairah dan tekad melakukan yang terbaik untuk negara saya," kata beliau.



Danish, pemain termuda dalam skuad Singapura, pula mahu menggunakan Sukan SEA sebagai platform bagi mendedahkan diri di gelanggang antarabangsa.



"Saya tidak pasti apakah terdapat siaran langsung bagi perlawanan kami, tapi saya hanya mahu beraksi dengan baik dalam gelanggang," kata pemain tekong itu.



Sebelum berlepas ke Phnom Penh, pasukan Singapura akan menjalani kem latihan di luar negara selama 14 hari mulai 24 April. Mereka dijangka ke Batam, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan di sana.




SKUAD SUKAN SEA 2023



A'fif Safiee

29 tahun

Posisi: Kapten, Apit kanan

Kelab: Choa Chu Kang CSC



Asri Aron

28 tahun

Posisi: Tekong

Kelab: Certis Cisco



Khairul Fahmi Yazid

24 tahun

Posisi: Apit kanan

Kelab: Police SA



Danish Irfan Faizal

Usia: 21 tahun

Posisi: Tekong

Kelab: Mayang Putra



Ramli Saari

31 tahun

Posisi: Apit kiri

Kelab: Mayang Putra




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >