Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Sepanyol menang bergaya

Jun 10, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Pasukan Sepanyol yang dibentuk pemain dari pasukan bawah 21 nasionalnya membelasah Lithuania 4-0 semalam, perlawanan persahabatan terakhir menjelang Kejohanan Eropah (Euro) 2020.



Tiada pemain pasukan utama dibenarkan beraksi selepas kapten Sergio Busquets diuji positif bagi Covid-19 Ahad lalu.



Namun, pasukan muda yang diturunkan Luis de la Fuente semalam terlalu handal bagi Lithuania dan mendahului perlawanan 2-0 di waktu rehat.



Gol-gol itu dijaringkan oleh Hugo Guillamon dan Brahim Diaz, sebelum Juan Miranda menjaringkan gol ketiga untuk menjadikan jaringan 3-0.



Javi Puado pula menjaringkan gol keempat untuk melengkapkan kemenangan 4-0 bagi Sepanyol.



Kesebelasan utama Sepanyol dianggotai 10 pemain yang beraksi buat kali pertama bagi negara masing-masing, kecuali Bryan Gil dari Eibar, yang pernah dipilih bagi pasukan pertama.



Ia juga kesebelasan utama paling muda pernah diturunkan oleh Sepanyol dalam sejarahnya, dengan pemain-pemainnya berusia purata 22 tahun dan 102 hari.



Sepanyol memulakan kempen dalam Kumpulan E dengan menentang Sweden di Seville pada 14 Jun, sebelum menentang Poland lima hari selepas itu dan Slovakia pada 23 Jun.



Penjaga gawang Chelsea Kepa Arrizabalaga telah diundang menyertai pasukan dalam gelembung latihan kedua selepas Sergio Busquets diuji positif bagi Covid-19.



Namun, Persatuan Bola Sepak (FA) Sepanyol berkata semua pemain utama dan kakitangan pasukan yang telah diasingkan telah diuji positif bagi Covid-19.



Pemain Leeds United Rodrigo Moreno dan pemain West Ham Pablo Fornals juga telah diundang untuk menyertai gelembung latihan kedua.



Lagi tiga pemain, Carlos Soler dari Valencia, Brais Mendez dari Celta Viga dan Raul Albiol dari Villareal turut diundang.



Pemain-pemain yang telah diundang ke skuad Sepanyol tetapi tidak dijadual diturunkan tidak akan berlatih di pusat latihan Sepanyol di Las Rozas atau menyertai pasukan.



Sebaliknya, mereka akan dipanggil menyertai pasukan jika ada penularan Covid-19 dalam skuad utama.



Dalam pada itu, Menteri Sukan Sepanyol Jose Manuel Rodriguez Uribes berkata semua pemain Sepanyol akan menerima vaksin Covid-19 bermula hari ini.



Beliau berkata pemerintah membuat pengecualian bagi pemain Sepanyol di Euro kerana mereka sedang berjuang dan mewakili negara dalam pertandingan tertinggi di dunia.



Malah, beliau berkata pihak berkuasa telah memutuskan untuk memberi vaksin kepada pemain-pemain itu sebelum Busquets diuji positif.



Berbeza dengan negara-negara lain yang telah memberikan vaksin kepada orang dewasa, Sepanyol sedang meneruskan program vaksinasi yang kini memberi tumpuan kepada orang berusia 50-59 tahun.



Malah, beberapa wilayah sedang memberi perhatian kepada orang tua berusia 40-49 tahun.



Lebih 23 peratus penduduk Sepanyol telah pun divaksin sepenuhnya.



Rodriguez Uribes berkata jenis vaksin yang diberikan kepada pemain bola sepak belum lagi diputuskan dan adalah masih terlalu awal untuk menentukan jadual mereka divaksin.



Euro dijadual bermula dalam tempoh kurang seminggu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >