Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Seri Newcastle sekat Arsenal

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Newcastle United memper kukuh statusnya sebagai pesaing bagi mahkota Liga Perdana England (EPL) musim ini apabila ia mengikat pendahulu Arsenal 0-0 di Stadium Emirates kelmarin.



Pengurus Mikel Arteta dan pasukannya berharap dapat meluaskan jurang di puncak liga kepada 10 mata, tetapi kecewa selepas pasukan pelawat itu memberi tentangan hebat.



Peluang terbaik bagi mendapatkan gol jatuh kepada pemain Newcastle Joelinton sejurus sebelum rehat, tetapi beliau gagal menemui sasaran walaupun gawang terkangkang luas di depannya.



Arsenal tetap mencipta peluang dengan pemain pertahanan Gabriel dan pemain lincah Gabriel Martinelli menanduk bola hampir menghasilkan gol, manakala penjaga gawang Newcastle Nick Pope menyelamatkan gol pasti oleh Eddie Nketiah.



Perlawanan itu berakhir dengan tujuh kad kuning dilayangkan dan Arsenal mempunyai kelebihan lapan mata di puncak liga.



Setelah perlawanan, Arteta mempertikai keputusan pengadil tidak memberi penalti kepada Arsenal selepas Gabriel ditarik oleh Dan Burn.



Kelakuan Arteta sepanjang perlawanan, berteriak dan mundar-mandir di kawasan teknikal, menunjukkan betapa pentingnya perlawanan ini bagi Arsenal, yang kini menaruh impian menjadi juara EPL.



Arteta juga bersemuka dengan pengadil keempat Jarred Gillett pada hujung perlawanan, apabila hanya lima minit diberi bagi masa tambahan, sebelum bergerak ke arah pengurus Newcastle Eddie Howe untuk bersemuka dengannya apabila Arsenal tidak mendapat penalti.



Bagi Howe, perlawanan ini menunjukkan tekad dan mutu pasukannya, selepas Leeds United mengikatnya di St James' Park minggu lalu. Beliau kecewa sedikit kerana Newcastle boleh merebut tiga mata jika Joelinton tidak mensesiakan peluang gol itu.



Namun, Howe boleh menaruh harapan masa depan lebih cerah kerana Newcastle menunjukkan mereka berdisiplin sepanjang perlawanan dan berupaya bersaing dengan pasukan yang dianggap sebagai antara kumpulan elit di Eropah.



"Saya bangga dengan cara pemain kami bangkit dan berjuang dalam perlawanan ini. Itu sahaja yang boleh saya minta sebagai seorang pengurus... usaha dan kerja keras," ujarnya.



Dalam pada itu, Marcus Rashford menunjukkan beliau antara pemain barisan depan paling hangat dalam EPL pada masa ini apabila beliau menjaringkan gol ketiga dalam tiga perlawanan berturut-turut bagi membantu Manchester United menewaskan Bournemouth 3-0.



Kedudukan Frank Lampard sebagai pengurus Everton pula kini menjadi tanda tanya selepas pasukan itu tewas 1-4 kepada Brighton.



Leicester pula tewas 0-1 kepada Fulham. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >