Kelab Sepanyol, Sevilla, telah melantik warga Argentina, Matias Almeyda, sebagai pengurus baru mereka.
Menurut kelab La Liga itu pada 16 Jun, bekas pemain kelab tersebut menandatangani kontrak selama tiga tahun.
Sevilla bergelut untuk kekal di divisyen utama Sepanyol pada muslim lalu.
Mereka menamatkan musim mereka di tangga ke-17 dengan 41 mata, hanya satu mata lebih daripada Leganes dalam zon penyingkiran, iaitu 40 mata.
Dua pasukan lain yang tersingkir ke divisyen kedua Sepanyol adalah Las Palmas dan Real Valladolid, yang mengakhiri musim mereka dengan masing-masing mengumpul 32 mata dan 16 mata.
Almeyda, 51 tahun, pernah beraksi bersama Sevilla selama satu musim selepas berpindah dari River Plate pada 1996, sebelum melanjutkan kerjanyanya di Italy bersama Lazio, Parma dan Inter Milan.
Beliau kemudian kembali ke River Plate sebelum memulakan kerjaya kejurulatihannya di kelab Argentina itu.
Dua musim lalu, Almeyda membimbing kelab Greece, AEK Athens, dan mencipta kejayaan apabila memenangi kejuaraan liga dan piala domestik dalam musim pertamanya.
Sebelum itu, beliau memimpin kelab Bola Sepak Liga Utama (MLS) Amerika Syarikat, San Jose Earthquakes.
Sevilla hanya terselamat daripada tersingkir musim lalu dengan kelebihan satu mata.
Pengurus ketika itu, Garcia Pimienta, dipecat pada April dan Joaquin Caparros dilantik bagi mengendalikan pasukan sehingga akhir musim – yang turut menyaksikan para penyokong menyerbu pusat latihan kelab itu pada Mei. - Reuters.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg