Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN BOLA JARING ASIA

SG juang sengit tapi gagal di halangan terakhir

Namun, kededua finalis, SG dan Sri Lanka, dapat 'tiket' aksi di Piala Dunia Afrika Selatan tahun depan
Sep 13, 2022 | 05:30 AM



SELAMA 30 minit di Arena OCBC kelmarin, 2,500 penyokong pasukan bola jaring negara mula menaruh harapan penantian selama lapan tahun untuk menjulang trofi Kejohanan Bola Jaring Asia akan berakhir.



Walaupun bertarung dengan Sri Lanka, pasukan 'gergasi' di Asia, srikandi negara berjaya mengakhiri suku pertama dengan kelebihan 19-13 dan menyusuli itu masuk ke waktu rehat dengan kelebihan 30-27.



Malangnya, impian penyokong dan pemain nasional tidak kesampaian dan Singapura akhirnya tumbang 63-53.



Itu adalah kekalahan kedua berturut-turut bagi Singapura kepada lawan yang di kejohanan itu, selepas tewas 67-49 di pusingan lebih awal.



Namun sebagai finalis, kededua Singapura dan Sri Lanka melayakkan diri ke Piala Dunia di Cape Town, Afrika Selatan, tahun depan.



Bercakap kepada media selepas final itu, ketua jurulatih Singapura, Annette Bishop, berkata beliau bangga dengan pasukannya dan gembira dengan kemajuan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan itu.



"Pasukan kami telah berjuang sehingga akhir, mereka tidak pernah berputus asa apabila Sri Lanka bangkit kembali.



"Malangnya, kami tidak berjaya menyesuaikan diri secukupnya dengan permainan mereka... namun saya bangga sekali dengan apa yang ditunjukkan oleh pasukan muda kami," katanya.



Kapten bersama Singapura, Toh Kai Wei berkata: "Ini bukan keputusan yang kami mahukan tetapi pasukan berjuang sehingga ke penghujungnya."



Dalam final itu, Singapura, yang pernah tiga kali menjuarai pertandingan itu, berjaya mengambil kesempatan dan memanfaatkan kesilapan yang dilakukan pasukan Sri Lanka untuk mendahului perlawanan di akhir suku pertama.



Sri Lanka bangkit untuk merapat jurang dalam suku kedua, tetapi Singapura berjaya bertahan untuk masuk ke waktu rehat dengan kelebihan tiga mata.



Namun, suku ketiga menyaksikan pasukan Sri Lanka yang lebih baik dengan pasukan itu memperkukuh pertahanan mereka dan memaksa pasukan nasional membuat beberapa kesilapan.



Ia juga berjaya mengehadkan Singapura kepada lapan gol.



Pasukan pelawat terus menunjukkan kegagahan mereka untuk dan menyamakan kedudukan dan akhirnya berjaya mendahului Singapura 46-38 di akhir suku ketiga.



Srikandi kebangkitan Sri Lanka adalah pemain veteran, Tharjini Sivalingam.



Berdiri setinggi 2.06 meter, beliau jauh lebih tinggi daripada anggota pasukan Singapura dan dan berjaya menjaringkan 19 mata - jumlah mata tertinggi oleh seorang individu di final itu.



Singapura bangkit untuk kembali bersaing dengan Sri Lanka pada suku keempat dan menjaringkan 15 mata tetapi jurang yang perlu dirapat oleh pasukan negara terlalu besar dan suku tersebut berakhir dengan Sri Lanka menjaringkan lagi 17 mata dan kemenangan keseluruhan.



Bercakap kepada wartawan selepas pasukannya menang, kapten Sri Lanka, Gayanjali Amarawansa, berkata beliau amat terharu kerana Kejohanan Bola Jaring Asia ini adalah perlawanan antarabangsa pertama bagi pasukannya sejak pandemik melanda.



Pergolakan ekonomi dan politik di negara mereka juga telah memberikan pelbagai cabaran dalam persiapan pasukan menghadapi kejohanan ini.



Sebagai contoh, latihan mereka terganggu oleh gangguan bekalan elektrik dan isu pengangkutan, manakala perjalanan disekat dan mereka tidak dapat bertanding ke luar negara.



"Saya terharu... komitmen yang ditunjukkan rakan sepasukan amat tinggi untuk membolehkan kami menjulang kejuaraan ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >