Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanti mara ke separuh akhir 200 meter di Kejohanan Olahraga Asia

Jul 15, 2023 | 6:05 PM
KEMBALI BERAKSI: Shanti Pereira (dua dari kiri) layak ke separuh akhir 200 meter wanita selepas mencatat 24.33 saat dalam saringan pada Sabtu.
KEMBALI BERAKSI: Shanti Pereira (dua dari kiri) layak ke separuh akhir 200 meter wanita selepas mencatat 24.33 saat dalam saringan pada Sabtu. - Foto ST

Tidak sampai sehari selepas memenangi emas 100 meter bersejarah di Kejohanan Olahraga Asia, Shanti Pereira kembali ke balapan di Stadium Nasional Suphachalasai Bangkok sekali lagi.

Atlet berusia 26 tahun itu kembali beraksi apabila beliau mencatat 24.33 saat dalam saringan 200 meter pada pagi Sabtu untuk layak ke separuh akhir.

Beliau menerima tempat kedua dalam ‘heat’ dan ke-11 secara keseluruhan, lapor The Straits Times.

Rakan senegara, Elizabeth-Ann Tan, juga mara selepas menduduki tempat ke-15 dengan catatan masa 24.70 saat.

Remi Tsuruta dari Jepun pula mencatat masa yang terpantas 23.72 saat.

Prestasi Pereira pada 2023 meletakkannya dalam saingan untuk meraih satu lagi pingat di Thailand.

Beliau memiliki masa 200 meter terpantas musim ini di Asia dengan catatan 22.69 saat.

Pencabar terdekatnya ialah Arisa Kimishima dari Jepun – yang mencatatkan masa terpantas musim ini dalam 23.17 saat pada Jun – dan pemenang pingat perak kejohanan Asia 2019 dari Kazakhstan, Olga Safronova, yang memenangi kejuaraan di Sukan Asia 2014.

Safronova (23.98 saat) berada di tempat ketiga dalam acara saringan manakala Kimishima (24.12 saat) di tempat ketujuh.

Acara separuh akhir 200 meter berlangsung pada 6.45 petang (waktu Singapura) pada Sabtu.

Singapura juga akan diwakili oleh Mark Lee dalam acara 200 meter separuh akhir lelaki selepas beliau menduduki tempat ke-18 keseluruhan dalam saringan. Lee mencatatkan masa 21.48 saat.

Xie Zhenye dari China merupakan yang terpantas dalam 20.57 saat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg