Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanti Pereira kalahkan juara pecut Eropah, menang emas 200 meter di Berlin

Aug 1, 2023 | 12:08 PM
PRESTASI CEMERLANG: Ratu pecut Singapura, Shanti Pereira (kiri) bersama jurulatih Luis Cunha di Lapangan Terbang Changi setelah mendarat dari Kejuaraan Olahraga Asia di Bangkok pada 17 Julai.
PRESTASI CEMERLANG: Ratu pecut Singapura, Shanti Pereira (kiri) bersama jurulatih Luis Cunha di Lapangan Terbang Changi setelah mendarat dari Kejuaraan Olahraga Asia di Bangkok pada 17 Julai. - Foto fail

Ratu pecut Singapura, Shanti Pereira, sekali lagi berjaya memintas lawan dan terus mara selaku juara.

Dalam kejohanan Olahraga Mittsommernacht di Berlin pada Ahad, beliau meraih tempat pertama dalam perlumbaan 200 meter dengan catatan masa 23.32 saat.

Malah dalam perlumbaan itu, beliau menewaskan juara semasa Eropah bagi kategori 100 meter dan ganti-ganti 4 x 100 meter, Gina Luckenkemper, dari Jerman.

Akhbar The Straits Times, melaporkan, Presiden Olahraga Singapura, Lien Choong Luen, melahirkan rasa gembira dengan prestasi Pereira.

“(Saya) sangat gembira untuk beliau, kerana dapat teruskan kejayaan. Ia merupakan musim yang amat panjang, menarik (dan) bukan mudah.

“Cabaran seterusnya kelak adalah Sukan Asia, saya yakin terhadap dirinya, disebabkan prestasi beliau,” jelasnya.

Pereira mengutip pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter pada Julai dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, lantas menamatkan kemarau pingat untuk Singapura sepanjang 16 tahun dalam kejohanan tersebut.

Lien juga berpendapat bahawa Pereira memberi inspirasi kepada generasi baru atlet Asia Tenggara dengan keputusan-keputusan yang diraihnya baru-baru ini.

Beliau berkata: “Prestasi Shanti dan jurulatih Luis Cunha yang memberangsangkan memainkan peranan terhadap hal ini dan ia juga membantu kami untuk menandingi (negara-negara) jiran kami.

“Setiap atlet kian bertambah baik, jadi kami juga perlu sedemikian.

“Jadi bagi Sukan Asia kali ini, kami tidak ada permintaan atau jangkaan kerana saya tahu beliau dan jurulatihnya adalah pemberi motivasi tersendiri.”

Pereira akan ke Malmo, Sweden untuk pertandingan Grand Prix Folksam pada 5 Ogos dan Copenhagen, Denmark, pada 9 Ogos sebelum bertanding di Kejuaraan Olahraga Dunia pada 19 Ogos di Budapest, Hungary.

Beliau kemudian akan ke Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 October untuk Sukan Asia.

Beliau memegang masa terpantas bagi acara 100 meter (11.20 saat) dan 200 meter (22.69 saat) bagi atlet pecut wanita Asia pada musim ini.

View post on Instagram
 
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg