Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Shanti tenang jelang separuh akhir

Pelari pecut warga S’pura pertama layakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Atletik Sedunia
Aug 23, 2023 | 06:16 PM



BUDAPEST: Ratu pecut Shanti Pereira terus mengharumkan nama negara apabila menempah tempat dalam separuh akhir 200 meter di Kejohanan Olahraga Dunia pada Rabu, sekali gus memecah rekod kebangsaan.

Pereira, 26 tahun, mencatat masa 22.57 saat untuk meraih tempat kedua dalam pusingan saringan 200 meter wanita di Hungary.

Masa peribadi terbaiknya itu 0.12 saat lebih pantas berbanding rekod kebangsaan yang dipegangnya sebelum ini, 22.69 saat.

Warga Jamaica Shericka Jackson menjuarai Saringan Tiga dengan masa 22.51 saat, manakala Jessika Gbai dari Ivory Coast (22.78 saat) melepasi garisan penamat di tempat ketiga.

Hanya tiga pelari terpantas dalam setiap daripada enam pusingan saringan di Hungary berserta tiga masa terpantas seterusnya layak ke separuh akhir, yang berlangsung pada Khamis.

Dengan itu, Shanti melayakkan diri ke separuh akhir pertamanya dalam penampilan keempatnya di pertemuan dunia itu.  

Secara keseluruhan, Shanti menduduki tempat ke-12 daripada 44 pesaing.

Beliau telah layak ke Kejohanan Olahraga Dunia yang berlangsung 19 hingga 27 Ogos itu secara merit, menjadikannya warga Singapura pertama untuk berbuat sedemikian sejak 2011, ketika badan negara Atletik Singapura mula mengesan data berikut. 

Pada Ahad, Shanti terlepas melayakkan diri ke separuh akhir acara larian pecut 100 meter selepas hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Masa 11.33 saat dalam Saringan Dua tidak cukup untuk membawanya ke pusingan seterusnya.

Sejak Mac, Shanti telah enam kali mencatat semula rekod kebangsaan 100 meter dan mengatasi masa 200 meternya tiga kali.

Pada Mei, beliau memenangi emas dalam 100 meter dan 200 meter dalam Sukan SEA di Kemboja, untuk menjadi wanita Singapura pertama yang meraih kemenangan berganda dalam acara larian pecut.

Beliau mengulangi kejayaan itu dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok dua bulan kemudian.

Menjelang separuh akhir di Budapest pada hari ini, Shanti, bercakap kepada The Straits Times berkata:

“Buat masa ini, saya hanya menumpukan perhatian pada proses pemulihan dan bercadang untuk menuruti pelan sama bagi separuh akhir... melaksanakan apa yang kami mahukan dan menikmati pegalaman itu.

“Kami kini berada di separuh akhir kejohanan dunia... saya tidak akan melepaskan peluang ini.

“Sejujurnya, pengalaman di sini begitu berbeza kerana saya melayakkan diri menerusi ranking dunia... saya rasa saya layak menyertai kumpulan atlet lain di sini.

“Rasanya begitu hebat, bersaing dengan atlet terbaik dunia.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >