Berdiri pada ketinggian hanya 1.68 meter, Shawal Anuar bukanlah penyerang ‘Nombor 9’ biasa anda.
Namun, pemain yang menyarung jersi kelab Lion City Sailors dalam Liga Perdana Singapura (SPL) itu tidak pernah mengecewakan apabila menyarung jersi pasukan Singa dan dipaksa mengetuai serangan.
Dengan 16 gol dalam 39 perlawanan, termasuk dua yang memastikan tiga mata semasa menentang Timor Leste, Shawal, 33 tahun, berupaya menjadi senjata rahsia Singapura dalam kejuaraan AFF kali ini lebih-lebih lagi dengan ketiadaan dua penyerang utama pasukan – Ikhsan dan Ilhan Fandi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg