Siapa pengganti Alexander-Arnold?
May 6, 2025 | 1:59 PM
Trent Alexander-Arnold membina reputasi sebagai bek kanan kreatif yang luar biasa, dengan sumbangan menyerangnya berkembang di bawah kendalian Jurgen Klopp. Bermula sebagai bek kanan tradisional yang bergandingan dengan Andrew Robertson, peranannya kemudian berubah apabila Klopp meletakkannya lebih ke tengah padang. - Foto AFP
Bek kanan Liverpool itu mengumumkan beliau akan tinggalkan kelab itu pada akhir musim.
Berikut adalah beberapa pemain yang dicadangkan oleh kalangan penyokong Liverpool dan peminat bola sepak.
1. Conor Bradley (Liverpool)
Conor Bradley (Liverpool). Beliau menunjukkan potensi besar sebagai bek kanan yang agresif dan bijak membuat larian tanpa bola, namun kecederaan dan masa permainan yang terhad menimbulkan persoalan sama ada beliau mampu menggantikan Alexander-Arnold sepenuhnya. - Foto AFP
2. Guela Doue (Strasbourg)
Guela Doue (Strasbourg). Duoe (kiri) kini masuk musim penuh keduanya di Ligue 1, mula mencuri tumpuan di Strasbourg di bawah bimbingan Liam Rosenior. Pemain antarabangsa Ivory Coast berusia 22 tahun ini mampu beraksi di posisi bek kanan, bek tengah kanan - dengan kekuatan dalam bertahan secara individu dan membawa bola ke hadapan dengan yakin. - Foto REUTERS
3. Anton Gaaei (Ajax)
Anton Gaaei (Ajax). Digelar ‘Beckham Denmark’ oleh penyokong Ajax, Anton Gaaei (kiri) telah berkembang menjadi pilihan utama di posisi bek kanan musim ini di bawah kendalian Francesco Farioli. Pemain berusia 21 tahun ini terkenal dengan kualiti dan kepelbagaian hantaran silang untuk mencipta peluang menjaringkan gol yang baik. - Foto AFP
4. Martim Fernandes (Porto)
Martim Fernandes (Porto). Fernandes (kanan) dilihat sebagai prospek paling besar, selepas tampil mengagumkan bersama pasukan utama Porto musim ini. Fernandes menyerlah dengan kemampuan hantaran lintang berkualiti ala Alexander-Arnold, serta kecenderungannya bermain secara menyerang dan mencipta ancaman dari kawasan sayap atau larian ke belakang pertahanan lawan. - Foto AFP
Laporan berkaitan
Alexander-Arnold umum tinggalkan Liverpool May 6, 2025 | 1:56 PM
Masa depan Alexander- Arnold jadi tanda tanyaApr 21, 2025 | 1:47 PM

