Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan SEA: Dhani Andika menang emas pertama silat

Dec 17, 2025 | 12:56 PM
Dhani Andika Razali (kiri)  meraih pingat emas pertama bagi Silat negara setelah menundukkan seteru dari Indonesia, Khoirudin Mustakim, dengan keputusan 41-21 dalam pertarungan sengit Kelas bawah 45kg.
Dhani Andika Razali (kiri) meraih pingat emas pertama bagi Silat negara setelah menundukkan seteru dari Indonesia, Khoirudin Mustakim, dengan keputusan 41-21 dalam pertarungan sengit Kelas bawah 45kg. - Foto BH oleh KHALID BABA

Dhani Andika Razali menyemarakkan suasana Dewan Impact Forum dengan sorakan gemuruh apabila menghadiahkan pingat emas pertama pasukan Silat negara.

Dhani mengibarkan bendera Singapura di arena buat pertama kali lalu menyambut kejayaan itu dengan memekik “siu” dengan kuat bersama rakan sepasukan.

Beliau menundukkan seteru dari Indonesia, Khoirudin Mustakim, dengan keputusan 41-21 dalam pertarungan sengit Kelas bawah 45kg.

Kejayaan itu lebih manis untuk Dhani, yang akhirnya merangkul gelaran Sukan SEA pertama, selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa pada edisi temasya 2023, bahkan mengatasi juara bertahan Kelas A dari Sukan SEA 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg