Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023: PANDANGAN

Silat perlu suntikan semangat kesukanan

May 14, 2023 | 05:30 AM



BAYANGKAN berlatih selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun untuk bersaing dalam Sukan SEA, hanya untuk mempunyai beberapa individu yang bukan dalam gelanggang - bahkan tidak menyarung jaket pertempuran - menentukan keputusan perlawanan anda.



Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke arena silat.



Sukan seni mempertahankan diri, yang ada masanya, bertukar menjadi sukan seni yang mempertahankan maruah sendiri, yang mana adat pertandingan kalah menang tidak diendahkan atau sengaja dilupakan.



Pegawai teknikal sanggup campur tangan untuk mempengaruhi cabutan undi perlawanan dan keputusan juri, demi mendapat kelebihan menjadi juara walaupun tindakan itu jelas mencemar ketelusan sukan.



Sukan SEA 2023 tidak terkecuali terkena tempiasnya.



Ketua pegawai eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican menggambarkan persaingan edisi kali ini sebagai "sangat tidak boleh dijangka, sangat berwarna-warni...satu lawak".



Pasukan tuan rumah Kemboja, yang pertama kali bertanding dalam silat di Sukan SEA, secara ajaib, berjaya meraih 12 pingat - dua emas dan 10 gangsa.



Emas itu dimenangi oleh Soem Sokdevid dalam acara seni tunggal putera, yang mana juara bertahannya adalah juara dunia dan warga Singapura, Iqbal Abdul Rahman.



Iqbal, meskipun jelas memaparkan persembahan yang lebih mantap dan bertenaga, tewas kepada Soekdevid pada separuh akhir.



Difahami Soekdevid hanya mula berlatih silat enam bulan lalu.



Kemenangan mengejut lagi menghairankan itu dianggap memperlekehkan pencapaian Iqbal, yang sudah merangkul tiga pingat Sukan SEA - satu emas (2021), satu perak (2019) dan satu gangsa (2015) - dan empat emas Kejohanan Asia.



Pengadilan berat sebelah yang sama juga berlaku dalam perlawanan akhir ketika Soekdevid menentang pesilat Malaysia Muhammad Khairul Shaddad Ardi.



Satu lagi emas Kemboja diraih dalam acara tanding kelas bawah 45kg putera.



Non Sromoachkroham muncul juara tanpa perlu melakukan sebarang tendangan atau tumbukan.



Beliau asalnya dijadual menentang pesilat Singapura Dhani Andika Razali dalam separuh akhir pada 2.30 petang (waktu Singapura) Selasa.



Tetapi, penganjur mengumumkan perlawanan itu dialihkan menjadi aksi terakhir pada hari tersebut.



Pada sekitar 6.30 petang, ia diumumkan perlawanan itu ditangguh sekali lagi pada pagi Rabu dengan Dhani ditukar menentang Bayu Lesmana dari Indonesia.



Sromoachkroham langsung ke pusingan akhir selepas pesaing dari Malaysia dikatakan "menarik diri".



Dalam perlawanan akhir, Sromoachkroham menang emas tanpa bertanding apabila lawannya, Bayu tidak masuk gelanggang.



Seorang pegawai dari rombongan silat Singapura berkata ini kali pertama beliau menyaksikan "penipuan" sebegini berlaku.



Pegawai daripada pasukan Indonesia dan Vietnam juga dilihat hampir saling bertumbuk di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Rabu.



Kemenangan acara tanding kelas B puteri (50-55kg) awalnya telah diberikan kepada Vietnam selepas pesilat Indonesia disingkirkan 18 saat sebelum tamat perlawanan walaupun mendahului kedudukan.



Tetapi, Indonesia membuat bantahan selepas perlawanan dan keputusan itu diterbalikkan, mencetuskan kemarahan dalam kalangan jurulatih dan penyokong Vietnam.



Sejujurnya, ia adalah pandangan yang buruk untuk silat di pentas berprestij temasya sukan.



Mungkin sudah tiba masanya untuk "orang-orang besar" dalam silat memunasabah diri.



Apakah tindakan sebegini mendatangkan manfaat kepada reputasi dan masa depan silat?



Perbualan untuk membawa sukan Nusantara ke Sukan Olimpik seringkali dibangkitkan.



Tetapi, realitinya, sehingga semua pasukan dapat bersikap telus dan adil dalam persaingan, impian besar Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) itu mungkin hanya kekal angan-angan sahaja.



Pentas terbesarnya sejauh ini ialah Sukan Asia pada 2018, ketika Indonesia menjadi tuan rumah.



Silat dipertandingkan buat julung kalinya di temasya sukan itu.



Edisi Sukan Asia seterusnya di Hangzhou, China pada September tidak akan menampilkan silat kali ini.



Ditanya Berita Minggu (BM) sama ada taktik "main pintu belakang" ini dapat dicegah, Sheik berkata: "Ia tidak akan berubah."



Bagaimanapun, legenda silat Singapura itu mempunyai rancangan untuk mendakap penggunaan lebih banyak teknologi dalam silat.



"Silat adalah sukan yang agak subjektif. Kami sedang meneliti cara mendigitalkan permainan supaya kami tidak memerlukan juri manusia...mungkin dengan menggunakan sensor untuk mengesan pungutan mata," tambah Sheik, yang juga merupakan presiden Persekutuan Pencak Silat Asia.



Satu persetujuan bernilai sekitar $1 juta untuk membiayai usaha ini dijangka ditandatangani dalam beberapa minggu mendatang.



Teknologi itu akan terlebih dahulu diuji di Singapura sebelum ia dibawa ke kejohanan antarabangsa.



Inisiatif yang pastinya dialu-alukan supaya sukan "kampung" ini turut seiring maju mengikut perkembangan era moden masa kini.




"Mungkin sudah tiba masanya untuk "orang-orang besar" dalam silat memunasabah diri. Apakah tindakan sebegini mendatangkan manfaat kepada reputasi dan masa depan silat? Perbualan untuk membawa sukan Nusantara ke Sukan Olimpik seringkali dibangkitkan. Tetapi, realitinya, sehingga semua pasukan dapat bersikap telus dan adil dalam persaingan, impian besar Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) itu mungkin hanya kekal angan-angan sahaja."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >