Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Silat: Regu lelaki S’pura tewas di final, raih pingat perak

Dec 14, 2025 | 5:19 PM
Pasukan regu lelaki Singapura yang terdiri daripada (dari kiri) Muhammad Affiz Mohamed Zakri; Muhammadinil Mustafar Mohd Isa dan Muhammad Nazrul Mohd Kamal, meraih pingat perak selepas tewas 9.965 - 9.935 di final acara regu putra kepada pasukan Indonesia di Dewan Forum Impact, Bangkok pada 14 Disember.
Pasukan regu lelaki Singapura yang terdiri daripada (dari kiri) Muhammad Affiz Mohamed Zakri; Muhammadinil Mustafar Mohd Isa dan Muhammad Nazrul Mohd Kamal, meraih pingat perak selepas tewas 9.965 - 9.935 di final acara regu putra kepada pasukan Indonesia di Dewan Forum Impact, Bangkok pada 14 Disember. - Foto BH oleh KHALID BABA

Pasukan silat lelaki negara yang dibentuk Muhammad Affiz Mohamed Zakri, Muhammad Nazrul Mohd Kamal dan Muhammadinil Mustafar Mohd Isa terpaksa berpuas hati dengan pingat perak setelah tewas kepada juara bertahan Indonesia 9.965 - 9.935 dalam acara regu putra pada 14 Disember di Dewan Impact Forum di Bangkok.

Kali terakhir Singapura menjuarai acara itu ialah pada Sukan SEA 2019.

Regu yang digandingkan sejak 2022 itu telah mengatasi tentang sengit di setiap peringkat perlawanan hingga ke final.

Pada 14 Disember, mereka menewaskan regu Filipina 9.94-9.93 di separuh akhir sebelum mara ke final pada hari yang sama.

Mereka telah mengatasi pasukan Laos dengan kemenangan tipis 9.93-9.92 di suku akhir pada 13 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg