Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023: SILAT

Walau tak temui sasaran, skuad silat bangga dengan prestasi

May 11, 2023 | 05:30 AM



DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: PASUKAN silat Singapura menamatkan kempen Sukan SEA 2023 mereka kurang daripada sasaran pingat yang ditetapkan namun memaparkan prestasi membanggakan di bawah "persekitaran yang mencabar", kata ketua pegawai eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Di hari terakhir persaingan silat pada Rabu, Singapura menggondol 10 pingat - dua emas, tiga perak dan lima gangsa - secara keseluruhan.



Pungutan pingat itu kurang daripada sasaran empat emas yang didambakan Sheik Alau'ddin sebelum ini.



Pada edisi lalu Sukan SEA pada 2022, skuad silat negara membawa pulang empat emas, tiga perak dan empat gangsa untuk mencatat prestasi terbaiknya di temasya sukan itu.



Emas Singapura dimenangi oleh juara dunia empat kali Sheik Farhan Sheik Alau'ddin (tanding kelas I putera 85-90kg) dan pasukan seni wanita - yang terdiri daripada Iffah Batrisyia Noh, Ashikin Zulkifli dan Amirah Sahrin.



"Seperti anda lihat, pertandingan sangat tidak boleh dijangka, sangat berwarna-warni. Ada banyak pengaruh daripada pegawai teknikal," kata Sheik Alau'ddin ketika ditemui media Singapura di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Rabu.



"Atlet bukan hanya harus bersaing dengan lawan dalam gelanggang, tapi juga jurulatih dan pegawai. Ini satu lawak. Pada akhirnya, saya sangat gembira dan bersyukur kami dapat menyumbang pingat kepada Singapura," tambah beliau.



Tuah bagaimanapun tidak menyebelahi empat pesilat Singapura pada Rabu.



Nurshahfareeq Shahrudin (kelas H putera 80-85kg) cemerlang untuk bangkit dari ketinggalan dan mendahului pertarungan pada pusingan ketiga namun keputusan juri yang mencurigakan memberikan lawan kemenangan.



Belia berusia 18 tahun itu menang pingat perak kalah tipis di tangan pesilat Vietnam Nguyen Duy Thuyen 45-49 dalam perlawanan akhir.



Ini merupakan percubaan pertama Nurshahfareeq dalam Sukan SEA.



Srikandi negara Nadhrah Sahrin (kelas A puteri 45-50kg) juga terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA.



Sepanjang tiga pusingan, beliau lebih rancak melakukan tendangan menentang warga Malaysia Nor Farah Mazlan, yang mengatur strategi defensif dan "berlari-lari di tepi gelanggang".



Nadhrah, 19 tahun, tewas menerusi penyingkiran selepas dikenakan tiga penalti.



Ketiga-tiga penalti itu - yang dikatakan atas sebab gerakan haram iaitu menumbuk muka lawan dan menendang di bahagian peha lawan - diteliti semula selepas jurulatih Malaysia membantah untuk melihat semakan video.



Setiap pasukan hanya diberikan dua kad bantahan sepanjang perlawanan.



Seorang lagi pendatang baru Dhani Andika Razali (kelas bawah 45kg putera) terkandas pada separuh akhir berikutan kekalahan 15-31 kepada Bayu Lesmana dari Indonesia.



Pertarungan Dhani ditunda dua kali pada Selasa - iaitu hari yang dijadualkan untuk semua aksi separuh akhir acara tanding.



Dhani, 18 tahun, sepatutnya bersaing pada 2.30 petang (waktu Singapura) berdepan harapan tuan rumah Non Sromoachkroham dari Kemboja.



Tetapi, penganjur mengumumkan perlawanan itu dialihkan menjadi aksi terakhir pada hari tersebut.



Pada sekitar 6.30 petang, ia diumumkan perlawanan itu ditangguh sekali lagi pada pagi Rabu dengan Dhani menentang wakil Indonesia.



Sromoachkroham langsung ke pusingan akhir selepas pesaing dari Malaysia dikatakan "menarik diri".



Dalam perlawanan akhir, Sromoachkroham menang emas tanpa bertanding apabila lawannya, Bayu tidak masuk gelanggang.



Sementara itu, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin (kelas G putera 75-80kg) hanya mampu mengulangi persembahan lalu apabila memenangi pingat perak dalam perlawanan akhir. Ferdous, 27 tahun, tewas (-2)-26 kepada pesilat Vietnam Nguyen Tan Sang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >