Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa dibaham Harimau Malaya, tewas 7-0

May 11, 2023 | 08:03 PM



WAJAH muram dan sugul jelas kelihatan pada pemain pasukan bola sepak kebangsaan lelaki bawah 22 tahun meskipun wisel penamat belum ditiup pada Khamis.



Dalam perlawanan terakhir skuad Singa bagi Sukan SEA Kemboja dalam kumpulan B, anak didik Philippe Aw tewas 7-0 menentang seteru tradisi Malaysia di Stadium Visakha.



Ini merupakan kekalahan paling teruk dalam kempen Sukan SEA kali ini bagi pasukan negara sekaligus menguburi hasrat mereka untuk tebus maruah.



Skuad Singa sudahpun terkeluar daripada peringkat kumpulan setelah kalah dua perlawanan pertama dan seri dengan Laos dalam perlawanan sebelum ini.



Ini juga bermakna skuad Singa tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam kumpulan B dan merupakan kali kelima berturut-turut Singapura tidak melepasi peringkat kumpulan dalam Sukan SEA.



Kali terakhir skuad Singa melangkah ke peringkat separuh akhir dalam Sukan SEA adalah pada 2013.



Dalam perlawanan yang sebahagian besarnya dikuasai Malaysia, anak didik E. Elavarasan memecahkan kebuntuan pada minit ke-14 hasil pemain midfield T. Saravanan.



Rembatan kencangnya menembusi gawang Singapura setelah skuad Singa gagal menutup ruang di dalam kotak penalti.



Setengah jam kemudian, Haqimi Azim menggandakan kedudukan selepas menanduk bola ke dalam gawang Singapura hasil hantaran lintang dari kiri - sekali lagi beliau kedudukan beliau di dalam kotak penalti tidak ditutup pertahanan kebangsaan.



Sejurus selepas wisel permulaan separuh masa kedua, T. Saravanan sekali lagi membolos jaring skuad Singa hasil rembatan rendah.



Beliau kemudian menyempurnakan hattrick pada minit ke-54 setelah rembatannya berjaya memperdaya penjaga gawang Singapura dan juga pada minit ke-62.



Pasukan Singapura seakan hilang tumpuan pada separuh masa kedua dan gagal mencipta sebarang peluang bagi seluruh perlawanan.



Aw membuat beberapa perubahan pada kesebelasan pasukan setelah beberapa pemain utama direhatkan dek kecederaan.



Mengulas perlawanan selepas tamat perlawanan, Aw berkata: “Kami disertakan dalam ‘kumpulan maut’ dan keputusan (selepas semua perlawanan) menunjukkan mana kami berada setakat ini.



“Bagi saya, ini… petanda kedudukan bola sepak negara dan melihat perbezaan kualiti (pemain) yang ada, kami perlu ubah ke arah lebih baik.”



Juara bertahan Sukan SEA Vietnam bakal berentap dengan Thailand bagi menentukan pasukan yang menduduki takhta kumpulan B - kedua-dua pasukan sudahpun layak ke peringkat separuh akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >