Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN: BOLA SEPAK SETEMPAT

Singa 'lemah' tapi ini peluang bagi muka baru tunjuk upaya

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



TANPA kapten Hariss Harun dan pemain utama lain seperti Shahdan Sulaiman, Song Ui-young dan trio adik-beradik - Irfan, Ikhsan dan Ilhan Fandi - pasukan Singa kelihatan bagai layang-layang putus talinya.



Barisan pemain mapan ini tidak disertakan dalam skuad kendalian jurulatih Takayuki Nishigaya bagi perlawanan persahabatan Mac ini dan reaksi peminat berbelah bagi.



Skuad Singa, yang kini berada di Hong Kong akan bertemu pasukan tuan rumah pada 23 Mac, sebelum menentang Macau pada 26 Mac.



Ruang komen Facebook Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebahagiannya dibanjiri dengan pandangan negatif.



"Mana Hariss, Song, Ikhsan dan Ilhan?" adalah rata-rata pertanyaan penyokong, dan ada yang juga meramalkan kekalahan Singapura dengan skuad 'berwajah baru' ini.



Hariss tidak disertakan kerana sedang menduduki peperiksaan, manakala Ikhsan, Ilhan, Song dan Shahdan sedang pulih daripada kecederaan.



Ketiadaan mereka kemudian diburukkan lagi dengan Irfan yang menarik diri daripada skuad atas sebab peribadi berhubung komitmen kepada kelabnya, BG Pathum United di Thailand.



Bagaimanapun, kekosongan yang ditinggalkan kumpulan pemain ini menimbulkan peluang untuk pemain-pemain lain untuk tampil dan membuktikan kebolehan mereka.



Nishigaya menyertakan lima pemain baru dalam skuad kali ini - trio Tampines Rovers, Amirul Haikal, Irfan Najeeb dan Joel Chew; Daniel Goh dari Balestier Khalsa; dan pemain Lion City Sailors, Lionel Tan.



Tampines, yang mendahului Liga Perdana Singapura (SPL), menyaksikan empat lagi pemainnya - Glenn Kweh, Faris Ramli, Syazwan Buhari dan Taufik Suparno - menyahut panggilan negara.



Huzaifah Aziz dari Geylang International juga kembali dalam skuad sejak penampilan terakhirnya untuk Singapura pada Jun 2019.



Dalam wawancara Nishigaya bersama www.fas.org.sg baru-baru ini, warga Jepun itu berkata bahawa perlawanan antarabangsa ini menyediakan peluang untuknya menilai pemain muda dan mereka yang sebelum ini tidak pernah didedahkan kepada arena antarabangsa.



Walaupun tanpa beberapa pemain tunggaknya, Nishigaya bersikap positif terhadap pemilihan pemainnya dalam skuad yang boleh dianggap diperbaharui menyusuli penyingkiran pedih Singapura dalam Piala AFF 2022 pada Januari.



"Pada akhirnya, pemain terbaik mesti menjadi sebahagian pasukan nasional kita. Ini juga adalah peluang untuk saya melihat pada pemain lain dan mencabar mereka untuk menunjukkan mereka boleh bersaing di peringkat ini dan mereka dapat berjuang untuk memperoleh tempat dalam pasukan.



"Kita hanya boleh memperbaiki pasukan sekiranya ada persaingan," jelas Nishigaya, yang pada April, hampir setahun mengisi "kerusi panas" pasukan Singa.



Keberanian Nishigaya untuk membawa muka baru ke dalam pasukan nasional juga dialu-alukan malah mendapat pujian segelintir penyokong.



Seorang pengguna Facebook bernama Lok Kok Seng, dalam komennya pada pos FAS, berkata: "Pilihan berani oleh jurulatih dan pasukan. Tanpa Ikhsan, Ilhan, Song, Shahdan yang cedera dan Hariss tidak dapat beraksi, ia peluang untuk pemain generasi seterusnya untuk menunjukkan mereka layak menerima panggilan (ke dalam pasukan nasional).



"Sama ada jurulatih dikeji apabila pulang daripada perlawanan persahabatan selepas dibelasah teruk atau beliau dipuji kerana keberaniannya jika meraih keputusannya yang memberangsangkan. Apa saja pun, saya menyokong jurulatih," kata beliau.



Hampir semua bahagian dalam pasukan dibarisi pemain baru kecuali di depan gol, di mana Nishigaya lebih memilih pemain berpengalaman seperti Hassan Sunny, 38 tahun (Albirex Niigata); Syazwan, 30 tahun; dan Zaiful Nizam, 35 tahun (Hougang United).



Bekas penjaga gawang Singapura, Yakob Hashim, menulis komen di pos Facebook FAS: "Bila Zharfan (Rohaizad) dan Mukundan (Maran) akan diberikan peluang? Anda perlu penjaga gol muda untuk meraih pengalaman antarabangsa. Hassan Sunny dan Zaiful sudah menua. Ambillah langkah berani."



Zharfan, 26 tahun, menyarung jersi Lion City Sailors, manakala Mukundan, 24 tahun, bermain untuk Balestier Khalsa.



Meskipun rombakan skuad Singa yang ingin dilihat ramai peminat belum lagi dilaksanakan sepenuhnya, namun sudah ada bibit-bibit kemajuan oleh Nishigaya dan pasukan kejurulatihannya.



Sama ada keputusan mereka akan membuahkan hasil dalam perlawanan kelak masih menjadi tanda tanya tetapi bak kata pepatah, belum cuba, belum tahu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >