Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PERLAWANAN PERSAHABATAN SINGAPURA LAWAN VIETNAM

Singa mesti menang walau hanya perlawanan persahabatan: Hariss

Kapten berasa ketiadaan Faris Ramli, Song Ui-young satu kehilangan tapi peluang pemain lain tunjuk kebolehan
Sep 21, 2022 | 05:30 AM



SKUAD Singapura perlu ada mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan walaupun perlawanan menentang Vietnam malam ini hanya satu perlawanan persahabatan, kata kapten Hariss Harun.



Apatah lagi mereka bakal berentap lagi dalam perlawanan Kumpulan B bagi merebut kegemilangan dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada Disember.



Oleh itu, Hariss dan rakan skuadnya ingin mendapat keputusan baik apabila menentang Vietnam - disifatkannya sebagai "salah satu pasukan terbaik di Asia" - di depan 15,000 penonton di Stadium Thong Nhat.



"Kebanyakan pasukan Asean tahu satu sama lain, jadi tiada apa-apa kejutan apabila menentang mereka sekarang biarpun di kejohanan AFF nanti.



"Kami perlu menang setiap perlawanan, baik perlawanan kompetitif mahupun persahabatan," ujar Hariss, yang telah mebuat 113 penampilan bagi Singa.



Skuad 23 pemain Singapura berada di Ho Chi Minh City sejak kelmarin dan mempunyai dua hari latihan bersama jurulatih Takayuki Nishigaya.ini.



Namun, skuad itu bergelut dengan pengunduran lewat oleh dua pemain utama - Faris Ramli dan Song Ui-young, kedua-duanya pemain Lion City Sailors.



Mereka digantikan penyerang Hougang United Sahil Suhaimi dan pemain tengah Tampines Rovers Syed Firdaus Hassan.



Bagi Hariss, ketiadaan dua pemain itu kehilangan besar buat skuad Singa.



"Mereka pemain penting dan telah memainkan peranan penting untuk Singapura sepanjang beberapa tahun ini.



"Terutamanya Song, yang memberi kesan baik dan menjadi sebahagian penting untuk kami sepanjang setahun lalu. Jadi, kami akan merasa (ketiadaan) mereka," katanya, yang juga bermain bagi Sailors.



Namun, Hariss percaya ketiadaan mereka juga memberi peluang baik buat pemain lain menunjukkan kebolehan mereka.



"Ini memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan kepada jurulatih apa mereka mampu beri kepada skuad negara, bukan dalam dua perlawanan ini sahaja malah pada tahun-tahun akan datang," ujarnya.



Nishigaya memasukkan tiga muka baru dalam skuadnya. Selain Syed Firdaus, penjaga gol Hougang Mukundan Maran dan pemain midfield Geylang International Joshua Pereira mungkin membuat penampilan pertama mereka minggu ini.



Yang penting bagi Nishigaya ialah pemain Singa mesti "menaikkan taraf prestasi" mereka dalam perlawanan.



"Kami hanya boleh meningkat dengan menentang pasukan lebih baik dan kedua-dua perlawanan ini adalah peluang sangat baik untuk memajukan diri dan meningkatkan keupayaan permainan kami.



"Tetapi sudah tentu kami akan cuba memenangi perlawanan itu," katanya menjawab pertanyaan Berita Harian semalam.



Sebelum ini, Nishigaya menekankan peri penting skuadnya mengawal perlawanan, mengenakan tekanan tekanan tinggi dan bermain secara agresif.



Bagi Hariss, skuad Singapura perlu sahut cabaran menentang pasukan lebih sukar seperti Vietnam.



"Kami perlu cuba tetapi untuk bermain cara sebegitu, yang penting ialah kami perlu tenang.



"Sekiranya kami boleh lakukan itu dalam minda kami, saya rasa secara fizikal kami juga boleh melakukannya," ujar Hariss.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >