Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Singa muda tarik diri dari Sukan Asia: Jurulatih, bekas pemain beri reaksi bercampur

Jul 11, 2023 | 06:17 PM



Berita mengenai keputusan pasukan bola sepak bawah 22 tahun (U-22) negara menarik diri daripada Sukan Asia di Hangzhou, China September ini disambut dengan reaksi yang berbelah-bagi oleh bekas pemain dan jurulatih setempat.

Pada Selasa, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan bahawa skuad B22 negara tidak akan mengambil bahagian dalam temasya sukan Asia itu.

Keputusan itu disokong Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan tidak menghadapi bantahan daripada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), tambah kenyataan tersebut. 

Pasukan wanita negara akan terus menyertai kejohanan tersebut.

Menurut FAS, keputusan itu “selaras dengan salah satu usulan” daripada semakan yang dikeluarkan pada Jumaat lepas mengenai prestasi Sukan SEA 2023 pasukan pada Mei.

Bekas pemain antarabangsa Singapura Rafi Ali mengalu-alukan keputusan yang diambil FAS.

Pemenang kejohanan serantau, Piala Tiger, pada 1998 itu berkata tempoh itu akan memberikan jurulatih lebih banyak masa untuk memperbaiki skuad U-22 negara.

Pasukan Singa Muda mengharungi kempen Sukan SEA 2023 yang hambar, menduduki tempat terakhir dalam kumpulan mereka serta mengalami kekalahan 0-7 kepada musuh tradisi, Malaysia.

“Keputusan ini membolehkan kita fokus pada aspek teknikal, taktikal, fizikal dan kecerdasan pemain. Kita juga mempunyai masa untuk mencungkil lebih bakat-bakat lain, dan melihat pada keupayaan pemain lain dalam SPL (Liga Perdana Singapura),” kongsi Rafi.

Bagaimanapun, jurulatih asal Singapura, Kadir Yahaya, yang kini ketua bola sepak belia di kelab Liga 1 Thai, BG Pathum, berpendapat sebaliknya.

“Pada pandangan saya, jika Singapura tidak menghantar sebuah pasukan, (kita) harus bersedia untuk kehilangan generasi pemain umur 21, 22 tahun…Kita ada projek UTR (Unleash The Roar!) dan cara terbaik untuk mengukur tahap permainan kita adalah di Sukan Asia,” kata bekas pemain negara itu, yang pernah memimpin Singapura meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Belia pada 2010.

“Kita terlalu takut dibelasah dan menerima kecaman dari media dan peminat…Jadi, (FAS) perlu mempertimbangkan kebaikan dan kekurangannya.

“Kita akan hilang pendedahan di tahap tinggi,” tambah beliau.

Antara 10 bidang utama yang akan diusahakannya, FAS berjanji untuk mengutamakan Sukan SEA dan kelayakan Piala Asia B23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kejohanan lain akan dianggap sebagai peluang pembangunan. 

Badan pentadbir bola sepak Singapura itu telah pun menarik balik penyertaan pasukan Singa Muda daripada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean bawah-23 tahun (U-23) pada 17 hingga 26 Ogos di Thailand.

Pemangku presiden FAS Bernard Tan berkata: “Beberapa minggu lalu, FAS telah melalui tempoh introspeksi, dan kami kini sedang melaksanakan usulan daripada reviu Sukan SEA baru-baru ini.”

Singapura tidak beraksi dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Penampilan terakhir mereka adalah pada edisi 2014 yang mana pasukan itu tempat ketiga dalam kumpulan mereka dan tidak mara ke pusingan kalah mati.

Setiausaha Agung FAS, Yazeen Buhari, menambah: “Mengambil bimbingan daripada reviu itu, kami juga mempertimbangkan masa persediaan yang diperlukan untuk menyediakan pasukan untuk setiap kejohanan, membandingkannya pada komitmen pemain terhadap kelab, sekolah, dan perkhidmatan negara mereka.

“Memandangkan Sukan Asia diadakan selepas kelayakan Piala Asia U-23 AFC, ini menjadikan penyertaan kami amat mencabar.”

Faktor lain yang dipertimbangkan oleh FAS termasuk prestasi terkini pasukan U-22 dan penjadualan yang padat.

Temasya Sukan Asia pada 23 September hingga 8 Oktober akan berlangsung sejurus selepas kelayakan Piala Asia U-23 AFC 2024. Singapura menganggotai Kumpulan C bersama Yaman, Guam dan Vietnam dan mempunyai tiga perlawanan antara 6 dengan 12 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >