Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa Muda tidak akan sertai Sukan Asia 2022: FAS

Jul 11, 2023 | 06:29 PM



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan bahawa pasukan bola sepak nasional lelaki bawah 22 tahun (U-22) tidak akan bertanding dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, yang dijadual berlangsung pada September 2023.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Selasa, FAS berkata keputusan itu dicapai susulan perbincangan bersama Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga dibuat selepas mempertimbang saranan hasil Semakan Bola Sepak Pasca-Sukan SEA 2023 yang diumumkan pada Jumaat.

Semakan itu dijalankan menyusuli kegagalan pasukan nasional di Sukan SEA 2023, apabila mereka ditewaskan 0–7 oleh lawan tradisi, Malaysia dan tersingkir daripada pertandingan di peringkat kumpulan.

Panel yang membentuk semakan itu dilantik FAS dan diketuai mantan jurulatih nasional, Jita Singh.

Panel tersebut turut dianggotai naib presiden FAS, Razali Saad, serta ahli majlis FAS, Lim Tong Hai dan Harman Ali.

“Keputusan untuk tidak bertanding dalam Sukan Asia adalah sejajar dengan salah satu saranan daripada semakan tersebut agar pasukan nasional lelaki U-22 memberi tumpuan pada dua perlawanan keutamaan iaitu Sukan SEA dan perlawanan kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (U-23) Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) 2024,” ujar FAS dalam kenyataannya.

Sebelum ini, FAS juga berkata semua perlawanan lain akan dianggap sebagai peluang pembangunan.

Menjelaskan, FAS berkata mereka mendapati bahawa kumpulan bakat di Singapura adalah kecil dan keutamaan harus dibuat. Ini memandangkan ramai pemain bawah 23 dan 22 tahun merupakan pelajar dan sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Di samping itu, prestasi pasukan itu baru-baru ini serta konflik penjadualan telah diambil kira juga.

Jadual Sukan Asia jatuh di luar jendela Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan berlangsung pada bulan yang sama dengan kelayakan Piala Asia U-23 AFC 2024.

“Dalam beberapa minggu lalu, FAS telah muhasabah diri dan kami kini sedang melaksanakan saranan hasil Semakan Sukan SEA baru-baru ini,” kata pemangku presiden FAS, Bernard Tan.

Setiausaha Agung FAS, Yazeen Buhari, berkata mereka juga mempertimbang masa persiapan yang diperlukan untuk menyediakan pasukan bagi setiap perlawanan, di samping komitmen pemain kepada kelab, sekolah dan NS.

“Memandangkan Sukan Asia berlangsung selepas kelayakan Piala Asia U-23 AFC, ini menjadikan penyertaan mereka dalam temasya itu cukup mencabar,” tambah Yazeen.

Sukan Asia 2022 akan diadakan di Hangzhou dan berlangsung dari 19 September hingga 8 Oktober 2023.

Edisi tahun ini sepatutnya diadakan pada September 2022 tetapi terpaksa ditangguh akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan jadual perlawanan yang sesak bagi 2023.

Dalam pada itu, FAS berkata pasukan nasional wanita akan terus bertanding dalam Sukan Asia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >