Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA 2023

Bola sepak: Diikat Laos 0-0, Singa tersingkir dari SEA Games sebelum perlawanan kumpulan terakhir

Anak didik Philippe Aw kutip 1 mata daripada tiga perlawanan, hanya maruah jadi pertaruhan dalam perlawanan kumpulan terakhir dengan M'sia
May 06, 2023 | 11:05 PM



HASRAT pasukan bola sepak kebangsaan lelaki bawah 22 tahun mencipta kemenangan pertama dalam Sukan SEA terbantut selepas mereka seri 0-0 dengan Laos.



Dengan keputusan tersebut, peluang Singapura untuk mara ke peringkat seterusnya malap dan mereka sekali lagi pulang dari temasya sukan itu dengan tangan kosong.



Dalam perlawanan ketiga skuad Singa bagi kumpulan B di Stadium Visakha pada Sabtu, mereka seakan hilang tumpuan setelah banyak kehilangan bola di bahagian midfield dek hantaran pendek yang tidak dapat disempurnakan.



Gawang Singa hampir dibolosi sebanyak dua kali tetapi tiang gol menjadi penyelamat.



Laos mengekalkan rentak serangan dari wisel permulaan dengan mengawal bola bagi sebahagian besar perlawanan.



Pemain midfield Laos yang bermain untuk kelab Bahlinger SC di liga empat Jerman, Roman Angot, menyukarkan anak didik Philippe Aw dengan mengawal rentak permainan di bahagian tengah.



Pada separuh masa pertama, Laos mempunyai beberapa peluang hasil sepakan percuma namun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.



Pada minit ke-44, mereka hampir mendahului apabila sepakan percuma berjaya menembusi kawasan gawang Singapura namun ia melewati kaki penyerangnya.



Babak kedua menyaksikan Singapura lebih mengasak kubu lawan dan mencipta sekurang-kurangnya tiga peluang tetapi semuanya tersasar.



Pada minit ke-47, sepakan percuma yang diberikan kepada Singapura menemui Ryaan Sanizal tetapi tandukannya tersasar.



Sejurus selepas itu, gerakan yang dimulakan pemain midfield Ajay Robson kepada Elijah Lim terbantut setelah rembatan Elijah tersasar melewati palang gol.



Singapura kemudian dihadiahkan peluang keemasan melalui sepakan penalti pada minit ke-63 setelah pemain Singapura dijatuhkan dalam kotak penalti.



Pemain gantian Syahadat Masnawi tampil untuk mengambil sepakan tersebut tetapi sepakannya jauh tersasar.



Dalam sidang media selepas perlawanan, Aw berkata keadaan padang dan keletihan pemain dek jaduat padat menjejas prestasi skuad Singa.



Beliau berkata: “Ini adalah perlawanan ketiga bagi skuad Singa dalam tempoh masa yang singkat jadi ia amat sukar kepada pemain.



“Pasukan Laos mempunyai peluang, kami juga ada peluang besar melalui penalti tetapi kami tidak dapat jaringkan gol.”



Dalam pada itu, Singapura bakal bertemu dengan Malaysia dalam perlawanan akhir mereka pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >