Singa sedia ‘mengaum’ di Stadium Negara
Nov 12, 2024 | 4:52 PM
Kyoga Nakamura (kanan) mengawal bola dan cuba menggelecek Amirul Adli semasa sesi latihan terbuka pada hari pertama latihan pusat. - Foto PERSATUAN BOLA SEPAK SINGAPURA
Skuad bola sepak nasional memulakan latihan pusat dalam persiapan bagi Piala Asean Mitsubishi Electric pada 11 November.
Antara pemain yang menyertai latihan itu ialah Kyoga Nakamura, pemain kelahiran Jepun yang kurang sebulan mendapat kerakyatan Singapura.
Pemain bek tengah, Safuwan Baharudin semasa satu latihan baru-baru ini. - Foto PERSATUAN BOLA SEPAK SINGAPURA
Ketua jurulatih nasional, Tsutomu Ogura, telah menamakan skuad 26 pemain bagi latihan pusat ini, yang turut melibatkan dua perlawanan persahabatan, dengan Myanmar pada 14 November dan dengan Taiwan pada 18 November.
Kededua perlawanan itu akan diadakan di Stadium Negara.
Penjaga gawang Singapura, Izwan Mahbud. - Foto PERSATUAN BOLA SEPAK SINGAPURA
Singapura ditempatkan dalam Kumpulan A bagi Piala Asean Mitsubishi Electric, bersama Kemboja, Malaysia, Thailand dan Timor Leste.
Laporan berkaitan
Undangan rasmi pertama Nakamura sertai skuad SingaNov 6, 2024 | 6:06 PM
Pemain pertahanan BG Tampines pamer aksi cemerlangOct 30, 2024 | 3:07 PM

