Singa Wanita tewas 1-3 kepada Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singa Wanita tewas 1-3 kepada Indonesia

S’pura kini berdepan tugas mencabar untuk atasi Thailand di perlawanan terakhir
Dec 7, 2025 | 8:11 PM

Singa Wanita tewas 1-3 kepada Indonesia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemain Wanita Singapura, Sharifah Nur Amanina (kanan), dilihat sedang berebut bola dengan pemain Indonesia, Gea Yumanda, ketika perlawanan Sukan SEA 2025 yang diadakan di Stadium Institut Pendidikan Jasmani di Kampus Chonburi, Thailand, pada 7 Disember.
Pemain Wanita Singapura, Sharifah Nur Amanina (kanan), dilihat sedang berebut bola dengan pemain Indonesia, Gea Yumanda, ketika perlawanan Sukan SEA 2025 yang diadakan di Stadium Institut Pendidikan Jasmani di Kampus Chonburi, Thailand, pada 7 Disember. - Foto FAS

Pasukan bola sepak wanita Singapura memulakan kempen Sukan SEA 2025 dengan kekecewaan selepas tewas 1-3 di tangan Indonesia pada 7 Disember.

Jaringan Isa Guusje Warps, Claudia Scheunemann, dan Aulia Al Mabruroh, cukup untuk membatalkan jaringan pembukaan daripada penyerang Singa Wanita, Nur Farhanah Ruhaizat.

Singa Wanita kini menghadapi tugas mencabar jika ingin berpeluang melayakkan diri ke separuh akhir Sukan SEA buat kali pertama.

Mereka berdepan Thailand pada 10 Disember, yang telah menewaskan Indonesia 8-0 dalam perlawanan pertama.

Singapura kini menduduki tangga terakhir Kumpulan A, tanpa sebarang mata, di belakang Thailand dan Indonesia.

Sejak wisel ditiup di Stadium Institut Pendidikan Jasmani di Kampus Chonburi, Thailand, perlawanan tampak seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan.

Namun, Singapura terlebih dahulu memecahkan kebuntuan apabila pemain penyerang, Farhanah, menyempurnakan hantaran leret cantik, Danelle Tan, pada minit ke-22.

Sejurus selepas itu, Indonesia hampir menyamakan kedudukan menerusi keadaan satu lawan satu.

Namun, penjaga gawang Singapura, Izairida Shakira Muamad Zaini, pantas menyelamatkan rembatan Rosdilah Siti Nurrohmah.

Indonesia terus mempertingkat serangan dan akhirnya menuai ganjarannya apabila Warps menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31.

Beliau memanfaatkan hantaran cantik dari bahagian pertahanan dan melepaskan rembatan mengatasi Shakira.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi jaringan.

Indonesia meneruskan perlawasan dengan intensiti tinggi pada separuh masa kedua dan sekali lagi hampir mendahului apabila rembatan jarak dekat Warps diselamatkan Shakira pada minit ke-53.

Garuda Pertiwi (gelaran pasukan bola sepak wanita Indonesia) akhirnya menggandakan kedudukan apabila hantaran Marsela Awi dari sayap kanan menemui Scheunemann, yang mengungkit bola dengan cantik melepasi Shakira.

Pemain gantian, Aulia, melengkapkan kemenangan Indonesia melalui rembatan kencang pada waktu kecederaan.

Dua pasukan teratas daripada Kumpulan A yang dianggotai tiga pasukan – Kemboja pada awalnya diundi dalam Kumpulan A bersama Singapura tetapi telah menarik diri daripada kejohanan – serta dua pasukan teratas daripada Kumpulan B yang mempunyai empat pasukan, akan mara ke separuh akhir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg