Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA KEMBOJA 2023: BOLA SEPAK

Skuad bola sepak tampil muka baru, berdepan tentangan hebat

Apr 29, 2023 | 05:30 AM



SKUAD bola sepak kebangsaan bawah 22 tahun (U-22) mungkin perlu berdepan tentangan hebat dalam Sukan SEA di Kemboja kelak.



Ini setelah mereka bertandang ke temasya sukan itu tanpa penyerang atau pemain barisan hadapan yang berpengalaman.



Tunggak barisan serangan Ilhan Fandi masih belum pulih daripada kecederaan yang dialami dalam perlawanan Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menentang Vietnam pada 30 Disember 2022.



Oleh demikian, mereka perlu bergantung kepada muka-muka baru seperti Muhammad Syahadat Masnawi dan Abdul Rasaq Ishiekwene Akeem untuk menyumbatkan gol.



Ia merupakan kali pertama kededua penyerang berusia 21 tahun itu mewakili Singapura dalam Sukan SEA.



Philippe Aw, yang juga ketua jurulatih kelab Singa Muda dalam Liga Perdana Singapura (SPL), menjelaskan:



"Dengan menyertakan Syahadat Masnawi ke dalam pasukan Singa Muda musim ini, ia adalah langkah yang sengaja dibuat untuk menangani isu ini.



"Beliau telah memaparkan tanda-tanda sebagai seorang pemain yang boleh digilap. Walaupun beliau belum menjaringkan gol dalam SPL setakat ini, beliau telah mempamerkan permainan baik dan telah mencipta banyak peluang untuk dirinya dan rakan sepasukannya."



Abdul Rasaq - pemain Lion City Sailors - pula merupakan salah satu penjaring gol terbanyak SPL dan telah menjaringkan lima gol sejauh ini.



Jurulatih berusia 43 tahun itu pernah berkongsi bahawa Singapura mengalami ketandusan bakat-bakat penyerang dan ia bakal menjejas pelapis yang ada untuk diserap ke dalam pasukan senior.



Melalui kenyataan yang dibuatnya dalam satu sidang media selepas perlawanan menentang Hong Kong pada Mac, yang mana Singapura tewas 0-1, beliau berkata Singapura memerlukan lebih banyak penyerang muda.



Susulan daripada kenyataan itu, beliau berkata: "Sesuatu yang seharusnya dapat dipertimbangkan ialah pengenalan jurulatih khusus bagi serangan di semua peringkat, termasuk kelab.



"Ini adalah sesuatu yang telah dilakukan di Eropah, misalnya dengan Robin Van Persie di Feyenoord dan Benni McCarthy di Manchester United."



Di samping isu barisan serangan, pasukan Singa kali ini juga disertakan dalam kumpulan maut bersama Thailand dan Vietnam - masing-masing naib juara dan juara edisi Sukan SEA sebelum ini.



Bagi perlawanan pertama saja, pasukan negara akan menentang Thailand pada Ahad di Stadium Prince di Phnom Penh, ibu kota Kemboja.



Skuad Gajah Putih kendalian Issara Sritaro itu penuh dengan bakat-bakat muda yang bermain di Liga 1 Thailand dan beberapa pasukan Eropah - antaranya penyerang pasukan Liga Empat Jerman FC Augsburg II, Achitpol Keereerom.



Lantaran itu, beliau akur negara-negara dalam kumpulannya merupakan pasukan handal tetapi ia "peluang bagi pemain mencabar diri mereka menentang pasukan-pasukan yang kuat dari segi teknikal dan taktikal".



"Saya percaya bahawa para pemain boleh memberikan tentangan kepada pihak lawan dan melihat pada sikap yang mereka pamerkan sejauh ini, saya yakin mereka akan bermain dengan semangat yang jitu dan enggan menyerah.



"Objektif utama (Sukan SEA) adalah bagi mempersiapkan seberapa ramai pemain U-22 untuk melangkah masuk ke dalam pasukan kebangsaan dan aspek penting dalam pembangunan mereka termasuk menentang pasukan terbaik," jelas Aw.




"Saya percaya bahawa para pemain boleh memberikan tentangan kepada pihak lawan dan melihat pada sikap yang mereka pamerkan sejauh ini, saya yakin mereka akan bermain dengan semangat yang jitu dan enggan menyerah."
- Jurulatih pasukan kebangsaan bawah 22 tahun, Philippe Aw.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >