Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skuad sepak takraw S’pura tersingkir dari acara regu berpasukan

Tewas 0-3 kepada Myanmar, kekalahan kedua berturut-turut
Dec 12, 2025 | 3:23 PM
Pasukan sepak takraw negara semasa latihan di Bedok baru-baru ini. (Dua dari kiri)  Muhammad Hasbi Zainal cuba mengadang sepakan dari Muhammad Tasman Mohammed Belal
Pasukan sepak takraw negara semasa latihan di Bedok baru-baru ini. (Dua dari kiri)  Muhammad Hasbi Zainal cuba mengadang sepakan dari Muhammad Tasman Mohammed Belal - Foto BH oleh Desmond Wee

Pasukan sepak takraw lelaki Singapura tewas dalam perlawanan kedua berturut-turut dan kini tersingkir daripada acara regu berpasukan tanpa menang sebarang perlawanan.

Pasukan yang dipimpin jurulatih Nur Hisham Adam tewas 0-3 kepada Myanmar di Stadium Gimnasium Nakhon Pathom pada 12 Disember. Ia juga tewas dengan jurang 0-3 kepada Malaysia dalam perlawanan pembukaan.

Bercakap kepada Berita Harian (BH) selepas perlawanan dengan Malaysia, Hisham berkata pasukannya kecewa dan telah menetapkan sasaran untuk meraih mata penuh semasa menentang Myanmar dan Filipina.

Pasukan sepak takraw negara dibentuk oleh Muhammad Illah Muhaimin Muhammad Akmal, Abdul Hammirruddin Noor, Akmal Musyarraf Rostam, Al-mustahqin Al-lazina Al-habib, Mohamad Nor Afdlin Mohamad Iskandar, Muhammad Danish Irfan Muhammad Faizal, Muhammad Hasbi Zainal, Muhammad Irfain Zulkarnaen, Muhammad Tasman Mohammed Belal, Nazuandy Haziq Jazuli, Nur Hazel Helairichka Azman dan Tan Kee Ler.

Pertandingan sepak takraw di Sukan SEA kali ini dibahagikan kepada empat acara, chinlone, regu berpasukan, regu dan kuadran. 

Acara chinlone telah berakhir dan kini Singapura perlu berpaling kepada acara regu dan kuadran.

Ia berhadapan dengan cabaran besar untuk meraih pingat dalam kededua acara tersebut. Dalam acara regu, Singapura ditempatkan dalam Kumpulan B dengan Indonesia dan pasukan tuan rumah, Thailand.

Dalam acara kuadran pula, Singapura dimasukkan dalam Kumpulan B bersama Malaysia, Laos, Brunei dan Vietnam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg