Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad wanita Singa gabung pengalaman, bakat muda lawan Bangladesh

Nov 27, 2023 | 05:00 PM



Pemain berpengalaman dan yang muda akan digabungkan di atas padang apabila pasukan wanita Singa beraksi dalam perlawanan persahabatan di Bangladesh pada Disember.

Ini ketika ketua jurulatih Singapura, Karim Bencherifa, mengatur langkah awal untuk membentuk skuadnya bagi Sukan SEA 2025.

Singapura, pasukan nombor 130 dunia, akan berdepan Bangladesh, yang berada 12 tangga di bawah seterunya, dua kali di Stadium Bir Shrestha Shaheed Shipahi Mustofa Kamal di Dhaka pada 1 dan 4 Disember.

Bencherifa telah memilih 21 pemain, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Isnin.

Mereka termasuk kepulangan penyerang, Danelle Tan – yang menyarung jersi Borussia Dortmund sejak Ogos – ke dalam skuad negara.

Tan sudah menyumbat sembilan gol dalam 11 penampilan untuk kelab Jerman itu.

Beliau akan disertai pemain senior lain seperti kapten Singa wanita, Rosnani Azman; pemenang anugerah Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Wanita (WPL) 2023, Dhaniyah Qasimah; calon dalam Malam Anugerah FAS 2023, Raudhah Khamis dan Syazwani Ruzi; dan penjaga gol, Beatrice Tan. 

Lima bakat muda berpeluang membuat penampilan sulung untuk skuad senior di Dhaka setelah menunjukkan prestasi hebat dalam WPL dan Liga Kebangsaan Wanita (WNL).

Josephine Ang Kalie, 17 tahun, dan Cara Chang, 15 tahun (Lion City Sailors); Raeke Ee, 20 tahun, dan Izairida Shakira, 16 tahun (Mattar Sailors); dan Qarissa Putri, 15 tahun (Tanjong Pagar United) mendapat panggilan Bencherifa.

Bencherifa berkata pemilihan skuad adalah berdasarkan merit, dengan mengambil kira persembahan pemain dalam WPL, WNL, dan semasa sesi latihan pasukan nasional.

“Selain kemahiran, tahap komitmen dari segi kehadiran dan persembahan individu adalah faktor penting.

“Pendekatan ini, yang terdiri daripada gabungan pemain berpengalaman dan bakat berpotensi besar, diambil untuk membina pasukan yang memperoleh pengalaman berharga dan berkembang menjadi pesaing kuat untuk Sukan SEA pada 2025,” kata warga Maghribi itu.

Bagaimanapun, ada beberapa pemain tetap daripada skuad Sukan Asia Hangzhou pada September tidak disenaraikan kali ini.

Penyerang, Farhanah Ruhaizat dan Nicole Lim; pemain midfield, Venetia Lim, Ho Hui Xin dan Nasriah Ibrahim; pemain pertahanan, Umairah Hamdan; bersama naib kapten, Stephanie Dominguez; dan pemain Universiti Oakland, Putri Syaliza, akan berehat sementara daripada pasukan nasional atas sebab kecederaan, komitmen kerja dan peribadi.

Walaupun ranking Bangladesh lebih rendah, Bencherifa maklum mengenai ancaman lawannya, yang telah menang ketika menentang Malaysia, pasukan nombor 89 dunia, Hong Kong (ke-77), dan India (ke-61).

Bangladesh juga merupakan juara bertahan Kejohanan Wanita Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan.

Bencherifa menambah: “Oleh itu, bermain menentang lawan kompetitif sebegitu akan menjadi platform yang kukuh bagi pemain kami meningkatkan kemahiran dan prestasi keseluruhan mereka.”

Pasukan Singa akan berlepas ke Dhaka pada Rabu malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >