Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tahun manis bagi Pemain Muda Terbaik Wanita, Dhaniyah Qasimah

Nov 24, 2023 | 04:56 PM



Untuk dua tahun berturut-turut, pemain wanita Singapura, Dhaniyah Qasimah, tercalon bagi kategori Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Wanita (WPL) pada Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). 

Jika pada 2022 beliau pulang dengan tangan kosong, tuahnya berbeza di Hotel Orchard pada Khamis malam.

Tersenyum lebar dengan gaun bermanik yang berkilauan seperti bakatnya, Dhaniyah, 19 tahun, naik ke pentas untuk menerima anugerah Pemain Muda Terbaik 2023.

Bak kata pepatah, rezeki tak salah alamat.

Penganugerahan itu dianggap “manis” bagi 2023, yang penuh detik membanggakan dalam kerjaya bola sepaknya.

Dhaniyah, yang sudah 27 kali beraksi untuk pasukan senior Singapura, berkata:

“Ia adalah tahun yang menakjubkan untuk saya. Memenangi trofi ini menambah kemanisannya.”

Pemain midfield Tanjong Pagar United itu memulakan 2023 dengan langkah kanan apabila dilantik sebagai kapten pasukan nasional bawah 19 tahun (U-19) Singapura di Kejohanan Wanita U-19 Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Kepercayaan diberikan untuk menyarung ‘lengan’ skuad belia itu adalah “kemuncak 2023 saya”, kongsi Dhaniyah.

“Tahun ini (2023) adalah tahun terakhir saya dalam pasukan peringkat kumpulan. Jadi, saya rasa terharu dapat pemimpin pasukan, yang terdiri daripada ramai pemain baru,” ujarnya.

Beliau juga mendapat panggilan ke skuad senior untuk mewakili Singapura dalam Sukan SEA Kemboja pada Mei dan empat bulan kemudian, berlepas ke Hangzhou, China, bagi Sukan Asia, yang mana pasukan Singa wanita mencipta sejarah pertama kali ditampilkan. 

Dalam liga tempatan, Dhaniyah turut menyerlah membantu Tanjong Pagar mempertahankan kedudukan mereka dalam kelompok tiga pasukan terbaik.

Pasukan The Jaguars kini menduduki tempat keempat, satu mata di belakang Hougang United, berbaki satu perlawanan liga hujung minggu ini.


Musim lalu, Dhaniyah menyarung jersi Hougang.

Ditanya apa yang menjadi kunci kepada prestasi mantapnya bagi 2023, beliau menjawab kekuatan mental.

“Anda harus kuat secara mental untuk menjadi pemain bola sepak wanita di Singapura. Ia tidak akan menjadi mudah. Anda akan berdepan pertandingan sukar seperti Sukan Asia, di mana kami tewas 0-17 dalam dua perlawanan menentang Korea Utara. 

“Apabila kalah, kami tidak semestinya harus berputus asa. Sebaliknya, kami perlu terus berusaha gigih dan ada sikap daya tahan,” kata pelajar tahun terakhir diploma pengurusan kesejahteraan sukan di Politeknik Nanyang itu.

Memenangi anugerah itu juga menjadi pembakar semangat untuk Dhaniyah meneroka peluang bermain di luar negara.

Buat masa ini, tiada destinasi yang ditetapkan, jelas Dhaniyah.

Tetapi, beliau menaruh harapan mengikuti jejak langkah rakan sepasukan nasionalnya, Danelle Tan, yang kini bermain untuk kelab Jerman, Borussia Dortmund, atau Rosnani Azman, yang pernah beraksi di Jepun.

“Jika anda tanya saya ketika saya kecil sama ada saya pernah menyangka budak perempuan ini akan berada di sini suatu hari nanti, pastinya tidak.

“Saya fikir bola sepak hanyalah kegiatan riadah atau sekadar hobi sahaja untuk masa lapang saya,” kata Dhaniyah, yang diperkenalkan kepada bola sepak seawal tujuh tahun.

“Tetapi, saya tidak sangka saya dapat sampai ke tahap ini. Sebanyak 27 penampilan antarabangsa pada usia 19 tahun. Ia sangat bermakna bagi saya dan saya berterima kasih kepada ibu bapa saya yang benar-benar menyokong dan membimbing saya sejak usia tujuh tahun,” tambah anak kedua empat beradik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >