LONDON: Tottenham telah mengenal pasti penyerang Bournemouth Dominic Solanke sebagai sasaran utama sebelum jendela pemindahan ditutup pada akhir bulan ini.
Pemain berusia 26 tahun itu dipercayai bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dan menyertai kelab yang bermain di Eropah untuk membantu meningkatkan peluang beliau mewakili England.
Bournemouth dipercayai tidak berminat mempertimbangkan penjualan Solanke, yang mempunyai kontrak bersama kelab tersebut sehingga 2027.
Hanya kehadiran klausa pelepasan £65 juta ($104 juta) sahaja yang boleh memaksa mereka untuk menjual bekas penyerang Liverpool itu, yang menjaringkan 21 gol dalam 42 perlawanan musim lalu.
Pengurus Spurs, Ange Postecoglou, berkata minggu lalu bahawa tumpuan utama kelab itu ialah untuk memperkukuh jentera serangannya.
“Ia adalah posisi kami di padang yang perlu ditangani,” katanya.
Selain Solanke, Tottenham mempunyai pilihan alternatif - termasuk Jonathan David dari Lille - dan juga terbuka untuk menandatangani pemain sayap. - Agensi Berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg