Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Solskjaer luahapa yang terpendam

Pemain Man Utd
indah khabar dari rupa
Sep 25, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer telah mengkritik sikap beberapa pemain semasa tempoh beliau menguruskan Manchester United, dengan menyatakan mereka tidak begitu handal seperti yang dijangka.


Solskjaer telah dipecat pada November 2021 selepas hampir tiga tahun menjadi pengurus di Old Trafford.

Penggantinya Erik ten Hag berkata, tiada budaya baik yang dirasakannya setibanya beliau di Old Trafford pada Mei 2022.

“Sesetengah mereka tidak sehandal seperti yang dianggap mereka sendiri,” kata Solskjaer, 50 tahun kepada agensi The Athletic.


Bekas pemain United dan penyerang antarabangsa Norway itu menambah:

“Saya tidak akan namakan para pemain itu, tapi saya agak kecewa apabila beberapa pemain menolak peluang menjadi kapten pasukan.

“Saya juga kecewa apabila yang lain berkata mereka tidak akan bermain atau berlatih kerana mereka ingin keluar daripada pasukan itu.”

Pasukan United di bawah kendalian Solskjaer menduduki tempat kedua bagi musim 2020 hingga 2021 dan tewas dalam final Liga Europa dalam sepakan penalti kepada Villareal.

Pada permulaan musim selanjutnya beliau mendapatkan khidmat pemain Jadon Sancho dan tunggak pertahanan Perancis, Raphael Varane, selain mendapatkan semula bekas penyerang United yang juga pemenang anugerah Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo.

Namun Solskjaer kemudian dipecat selepas 12 permainan dalam Liga Perdana England (EPL) musim baru menyusuli kekalahan 4-1 kepada Watford.

“Apabila anda mempunyai sebuah kumpulan, semua anggota kumpulan itu perlu bergerak ke arah yang sama.

“Apabila timbul masalah, anda boleh lihat ego beberapa pemain mula timbul,” tambah beliau.

Sementara itu, ten Hag terpaksa menangani beberapa isu luar padang dalam musim kali ini, dengan Jadon Sancho berlatih sendiri – tidak bersama skuad tersebut sementara pemain sayap Brazil, Antony, melengahkan jadualnya kembali ke Old Trafford dalam usaha menangani dakwaan serangan yang dilemparkan terhadapnya.

Mason Greenwod sudah pun dipinjamkan ke pasukan La Liga Sepanyol, Getafe, menyusuli siasatan dalaman oleh kelab itu selepas dakwaan jenayah dikenakan ke atasnya, termasuk percubaan merogol dan menyerang, digugurkan.

Tambahan lagi pemilikan tentang kelab itu masih belum diselesaikan selepas keluarga Glazer berkata, mereka sedang membuat pertimbangan untuk menjual kelab tersebut sedang mereka meneroka alternatif strategik pada November 2022.

Tekanan sedang bertambah ke atas ten Hag, selapas United tewas tiga daripada lima perlawanan EPL dalam musim kali ini.

Ditanya sekiranya beliau bersimpati terhadap Ten Hag, Solskjaer berkata:

“Saya tahu apa yang sedang dilaluinya. Ia memang kerjaya yang diimpikan, tapi ia sukar. Anda berurusan dengan manusia dengan semua masalah serta latar belakang berbeza – ini bukan simulasi komputer.

“Pada masa itu, saya perlu bersikap sabar dan perlu kukuh secara mental. Kini mereka telah menyokong pengurus,” katanya lagi.

Solskjaer juga dedahkan kelab itu tidak membeli pemain yang beliau inginkan.

Ini termasuk pemain Manchester City, Erling Haaland; pemain Arsenal, Declan Rice; dan, Jude Bellingham yang kini bermain di Real Madrid.

Mengenai kapten England, Harry Kane ,yang berpindah dari Tottenham Hotspur ke Bayern Munich, beliau berkata:

“Saya pasti akan dapatkan khidmat beliau dan daripada apa yang saya faham, memang beliau ingin sertai kami, namun kelab itu tidak cukup bajet akibat had kewangan menyusuli Covid-19.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >