Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SPL: Sailors menang semula, 3-0 lawan Geylang

Mar 15, 2023 | 10:44 PM



LION City Sailors kembali menemui rentak kemenangannya selepas mengalahkan Geylang International  dalam aksi Liga Perdana Singapura (SPL) di Stadium Bishan pada Rabu (15 Mac).



Minggu lalu, Sailors tewas teruk kepada juara bertahan, Albirex Niigata, 0-4.



Tanpa penyerang utamanya, Kodai Tanaka - yang mengalami kecederaan lutut dan akan terlepas beraksi untuk baki musim - malam ini, serangan Sailors yang dipimpin pemain midfield, Diego Lopes, tetap rancak mengancam gawang lawan.



Sailors dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi penjaga gol Geylang, Ridhwan Fikri berjaya menyelamatkan percubaan Lopes.



Pasukan tuan rumah bagaimanapun membuka tirai jaringan mereka menerusi Hafiz Nor tiga minit kemudian.



Penolong pengadil menilai rembatan itu sebagai ofsaid namun keputusan tersebut diterbalikkan selepas semakan VAR.



Sailors memperluaskan jurang gol mereka sebelum waktu rehat menerusi Lopes.



Penyerang muda Abdul Rasaq menyempurnakan malam Sailors dengan golnya pada minit ke-67. 



Kemenangan itu meletakkan Sailors di tangga ketiga dengan sembilan mata daripada empat perlawanan, di belakang juara bertahan Albirex Niigata (9 mata), yang menang 2-0 ke atas Hougang United malam Rabu.



Albirex bagaimanapun mempunyai kelebihan satu perlawanan.



Tampines kini mendahului liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan.



Sementara itu, Geylang menduduki tangga kelima dengan tujuh mata daripada lima perlawanan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >