Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

S'pura gondol 26 emas dalam kejohanan di Indonesia

Dinobat sebagai juara keseluruhan Cabaran Ketujuh Terbuka Bekasi
Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN Silat Singapura menang besar dalam kejohanan antarabangsa pertamanya tahun ini hingga dinobat juara keseluruhan.



Satria negara membolot 26 emas, lima perak dan dua gangsa daripada 40 acara yang ditandingi mereka dalam Cabaran Ketujuh Terbuka Bekasi di Bekasi, Indonesia, pada 3 hingga 5 Februari,



Antara pesilat yang merangkul pingat emas ialah juara dunia Nurul Suhaila (Kelas D Puteri Senior) dan Aniq Asri (Kelas C Putera Senior).



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yaacob Marican, berkata beliau yakin pencapaian itu adalah permulaan tahun 2023 yang hebat bagi pasukan silat Singapura.



Skuad Singapura dijadual bertanding dalam Sukan SEA pada Mei, Sukan Seni Mempertahankan Diri Dalaman Asia pada November, dan Kejohanan Pencak Silat Pantai Dunia pada Disember.



"Ini pastinya akan menjadi rangsangan kepada atlet silat sedang kami membuat persiapan bagi kejohanan besar tahun ini. Dengan pelbagai pertandingan antarabangsa, adalah penting membiasakan atlet kita kepada peraturan dan bersaing dalam arena antarabangsa menentang lawan mereka," ujar Sheik.



Pesilat muda Singapura turut menyerlah di Terbuka Bekasi. Muhammad Naufal Abdullah (Kelas F Putera Junior) dan Nadhrah Sahrin (Kelas A Puteri Senior) bukan menjuarai acara masing-masing sahaja, malah menggondol gelaran Atlet Lelaki Junior Terbaik dan Atlet Wanita Senior Terbaik.



Naufal, 17 tahun, gembira menamatkan pertandingan itu, yang dijangka terakhirnya dalam kategori junior, dengan cemerlang.



"Perasaan itu sungguh menakjubkan... Ini trofi Atlet Terbaik saya yang pertama, jadi saya terkejut tetapi bersyukur kerana telah dipilih," kata pelajar Sekolah Sukan Singapura itu.



Naufal antara pesilat dalam senarai bakal wakil Singapura ke Sukan SEA di Kemboja tahun ini. Jika terpilih, beliau akan membuat penampilan sulungnya dalam temasya sukan dwitahunan itu.



"Kejohanan ini mempersiapkan saya untuk Sukan SEA, jika terpilih, kerana ia membolehkan saya mencuba dan mengasah teknik baru. Bukan itu sahaja, ia membantu saya mempertingkat rancangan permainan saya dan melihat apa kelemahan saya, yang menjadikan saya lebih bersedia untuk apa sahaja pertandingan tahun ini," ujar Naufal.



Nadhrah, 19 tahun, pemenang pingat perak Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022, juga bakal diperkenalkan kepada pentas Sukan SEA Mei ini.



"Meraih pencapaian ini membuatkan saya berasa bermotivasi untuk berlatih lebih gigih bagi Sukan SEA akan datang... Selepas setiap pertandingan, matlamat saya ialah melakukan dan menjadi lebih baik," ujar pelajar Politeknik Republic itu.



Sheik menyifatkan kedua-dua remaja ini sebagai "dua daripada atlet paling berpotensi yang kami ada dalam pasukan sekarang".



"Saya berharap anugerah Atlet Terbaik akan membantu mereka memperoleh lebih keyakinan dan mendahagakan membawa lebih banyak pingat untuk Team Singapore," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >