Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura perlu menang bila temu India 14 Okt

Oct 13, 2025 | 3:54 PM
bola sepak, Ikhsan Fandi, Singa, kelayakan Piala Asia, India
Pemain penyerang Singapura, Ikhsan Fandi, menjaringkan gol yang meletakkan Singa di hadapan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia mereka menentang India di Stadium Negara pada 9 Oktober. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Perlawanan menentang India di Goa pada 14 Oktober menjadi satu perlawanan wajib menang buat Singapura, menyusuli keputusan seri di Stadium Negara.

Dengan lima mata daripada tiga perlawanan, selepas seri tanpa jaringan menentang Hong Kong di laman sendiri pada Mac, dan kemenangan 2-1 ke atas Bangladesh di stadium lawan pada Jun, Singa kini di tangga kedua.

Singa ketinggalan dua mata di belakang Hong Kong, yang merampas kedudukan teratas Kumpulan C selepas menewaskan Bangladesh 4-3 pada 9 Oktober.

Hanya enam juara kumpulan dalam pusingan ketiga kelayakan akan layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Mereka menyertai 18 pasukan lain yang telah melayakkan diri.

Pasukan Singa perlu menang kesemua tiga perlawanan mereka dalam Kumpulan C untuk menjamin tempat dalam Piala Asia 2027.

Jika Singa gagal memperolehi tiga mata menentang India di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru, mereka perlu bergantung pada nasib dan keputusan perlawanan lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg