Pemain mapan skuasy Singapura mengharumkan nama negara apabila membolot tiga pingat dalam Kejohanan Skuasy Masters Dunia di Amsterdam, Belanda, yang berlangsung dari 15 hingga 22 Ogos.
Di Stadium Frans Otten, Peter Hill, bintang skuasy negara pada 1980-an hingga 1990-an, dinobat juara dunia dalam kategori Lelaki Lebih 60 Tahun.
Joannah Yue, juara nasional 10 kali Singapura, menamatkan persaingan dengan pingat perak selepas tewas kepada bekas pemain nombor 18 dunia dari England, Lauren Kinsey-Briggs, dalam perlawanan akhir acara Wanita Lebih 45 Tahun.
Manakala Zainal Abidin Abdul Malik, Olahragawan Terbaik Singapura pada 1986, meraih pingat gangsa dalam kategori Lelaki Lebih 65 Tahun.
Edisi ke-21 pertandingan pemain anjuran Persekutuan Skuasy Sedunia itu menampilkan lebih 1,200 penyertaan, iaitu yang terbesarnya, pada 2024.
Kejohanan tersebut dibuka kepada pemain berusia 35 hingga 80 tahun.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg